RSS

Wednesday, December 17, 2008

penglaman seterusnya...

Alhmdulillah syukur ke hadrat Ilahi..aku masih diberi umur untuk terus hidup dimuka bumi yang aman dan indah ini..Tidak dpt dilafazkan dgn kata2 bila seseorg tuh merasa kenikmatan yg diberikan oleh Allah....Rasenyer sudah lame tidak mencoretkan kata2 dilembaran blog nih..Mngkn disebbkn jari jemari ni terase sengal2 untuk menaip dan lebih details nk ckp adalah tk idea nk dicoretkan..Tak seperti kwanku Razlina, setiap detik ada jer idea nk dicoretkan..Ada jer cerita nk dituliskan..Mngkn aku tidak sekreatifnyer... dan aku tidak mmpunyai aktiviti yg menarik untuk diceritakan..So sbb tu la blog aku nih agak kesunyiaan dan memboringkan...

Pagi td aku baru mnjalani interbiu aku yg seterusnyer di LHDN (kat jalan duta tu ha)..Post sbg Pnolong Peg Eks Sistem Maklumat..Aku mintk gune Diploma sesuai ngn post tuh..Alhmdulillah dpt gak p interbiu...Aku tau pon dari Damai, dier kate nama aku ade dlm list utk di interbiu..terkejut gak la leh dpt..Aku pon ape lagi semak la..Mmg ade name aku...Ramai gak bdk uitm dpt interbiu tuh..List dlm tuh adelah 420 org kot (tk pasti)...LHDN nk 79 org..ok jugaklah..nisbah 5..Aku prepare awl2 gak la nk interbiu..ciap pinjm bku kt library lagi..Hehe..smngt tol kan..Tp interbiu kali nih cm len ckit la...Bedebar2 dier agak kelainan lak..Tak tau la nper..Ramai sgt kot persaingn...Pagi tdi aku drive sndiri..Aku agak tau la LHDN tuh sbb tiap2 nk lik kg dr ptrjya aku akan lalu kt ctu..Mmg selalu la pndng bngunan tuh..mmg nk sgt kot kije kt ctu..hihihi..Jika diberi keizinan syukur...Aku kuar dr umah (putjrajaya) kol 7.10 pgi..Agak lewat..Tkt gak smpai lambt..Paham2 jerla Kl tuh pepagi mmg jem..Tp seb aku bek tadi.Xder pon jem..So aku tibe awl gak la..Dalam kol 7.50pgi..Nak kene cari parking lagi satu hal..Nsb baek la ade..Smpai aku kt ctu ramai da yg dtg..Wat tak malu jer..Kitaorg kene timbng berat,tinggi n amik gambor..Cm lawak lak..Aku dpt group tuk panel k6 gilirn ke8..puas jugak la tggu..Aku punyer turn kol 12.30 seb bek smpt..klu tk pasa lunch time la jwbnyer..Intebiu tuh okla..Tk tensen sgt..Ciap bergelak2 lagi ngn penemuduga tuh..Klu diizinkan Allah dpt la kije kt ctu..Tawakkal..

Rase nk lik kg sok..Sbb tk tau nk wat ape kt cni..Bosan..Klu kt umah tuh ade jer kijenyer...Harituh aku tolong mak aku jaga anak biri2..2 ekor lahir pada Hari raya Aidiladha..Sekor jantan sekor betina..Sepasang gitu..Comel bangat..Tp sekor tuh sakit..Dier tk nk minum susu..Mama dier pon xnk susukan baby biri2 tuh..Sbb tu 1st baby dier..So tk pndai sgt..Jadi mak dan aku ikat kaki mama biri2 tuh, kasi baby biri2 minum susu..Tp dier tk nk gak..Mcm2 cara kitaorg gune..Kasi kt botol susu pon tknk..Upenyer kaki dier ada luka..kitaorg tk pasan..Cian tau..2 hari pastuh baby biri2 tuh mati..Sbb sakit..Krg la sekor biri2 mak aku..erm..xder rezeki nk tgk baby biri2 tuh membesar ..

rasenyer tkder ape2 da nk dituliskn..Semoga berjumpe lagi dilain ketika..Doakan kejayaan aku kawan2...TQ

Friday, November 28, 2008

Kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.

Para sahabat baginda bertanya, Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda, Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Saturday, November 15, 2008

Jika Aku Jatuh Cinta...

Monday, November 10, 2008

Kata-kata Cinta...



Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.

” Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu, dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada CintaMu, dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga. ”

Cinta bagaikan lautan, sungguh luas dan indah. Ketika kita tersentuh tepinya yang sejuk, ia mengundang untuk melangkah lebih jauh ke tengah, yang penuh rintangan, hempasan dan gelombang pada siapa sahaja yang ingin mengharunginya. Namun carilah cinta yang sejati, di lautan cinta berbiduk ‘takwa’ berlayarkan ‘iman’ yang dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, Insya Allah kita akan sampai kepada tujuannya iaitu : cinta kepada Allah, itulah yang hakiki, yang kekal selamanya. Adapun cinta kepada makhlukNya, pilihlah cinta yang hanya berlandaskan kecintaan kepada Allah dan RasulNya. Bukan kerana pujuk rayu syaitan, bukan pula kerana desakan nafsu yang menggoda.

Akhirul qalam, bertanyalah pada diri kita sendiri :
1. Sudahkah aku menemukan
cinta yang hakiki, cinta yang sejati dalam hidup ini?
2. Sejauh mana aku mengenalNya, asma’ ( nama ) Nya, sifat-sifatNya, kehendakNya, laranganNya?
3. Seringkah aku mengingatiNya, menyebut namaNya melalui zikir-zikir yang panjang?
4. Seringkah aku mendekatkan diri kepadaNya dengan sholat serta ibadah-ibadah lainnya?
5. Seringkah aku merintih, mengadu dan mengharap kepadaNya melalui untaian doa yang keluar dari lubuk hati.
6. Sudahkah aku mengikuti kehendakNya dan menjauhi larangan-laranganNya?
7. Apakah aku mencintai seseorang keranaNya atau kerana dorongan nafsuku sendiri?
8. Sejauh mana aku berusaha untuk mengekang hawa nafsuku sendiri

Tuesday, November 4, 2008

hari yg berlalu...

Lagi 2 hari, aku nk kene antar report nih..Wah makin brdebar2 lak..yerlah..mana la tau ade komen seterusnya dari supervisor aku..terime seadanyer la..n kene perbaiki la..Kadng mnda2 cmnih kite tk leh nk jangka..Kita bukn org yg berkaliber mmbuat report yg bagus..Tu pon amik rujukn dari kengkawan..Thanks...Pagi tdi aku brsungguh2 mmbuatnyer..nk kene email kt SV..Malam td nk wat..Akak aku lak gune comp..So aku lpk jer la dlm bilik smbil layan lagu2..Bnrnyer aku riso pasal report..Tp aku wat relaks jer..Tkkn nk pikir mnda tuh memnjang kn..Nk katekan system aku besor xderla..Aku rase simple jer...Tp da lame tinggl kn..tu yg wat aku tk tenang tuh..Seb bek aqil p nursery..So rileks ckit..Nnt da setle mnda nih, aqil tk yah p nursery yer..aqil dok ngn mak tam jer sblm mak tam balik umah wan..k..hihihi..

skrg nih aku minat bangat kt lagu korea nih..Ost A love to kill..Ni lah lagu pndorong aku masa aku wat report nih..klu korang nk dgr leh gak...Meh la bersama2 kite mndgrnyer..hihi




Kalu korang rase besh lagu nih..downlad la kt link bwh nih..k
Tajuk lagu: Ee gga jit sarang

08) 이 까짓 사랑 (태완).mp3

Wednesday, October 29, 2008

Malam yg sepi...

Harini 28 syawal 1429 dan esok adalah hari terakhir kita mnyambut hari raya...Entah sampai kah kite berjumpe dgn syawal seterusnya...Erm...hari ni aku dok saje jer kt umah..Wat kije sbgai seorg suri rumah membasuh,mngemas, melipat baju, memsak semua la..tp satu jer aku tk wat..Jaga anak..Sbb harinih ade jamuan hari raya kt sekolah Aqil..so dier kene p..Mngkn sok aku tk kasi mama n ayah dier antar p sekolah..Biar dier dok ngn aku..Takde la aku keboringn dirumah..

Dari hari semlam aku cm bersalah ngn seseorg..K.lin sara minta maaf yer..Sara xdpt nk teman k.lin berjalan2..Skrg ni k.lin sakit kaki plak..Sara tk p melawat pon..Jahat ker Sara nih..K.lin ltk ubat tau kt kaki yg sakit tuh..Bagi kurang bengkak terseliuh tuh...Klu diurut tkt lain plk jadinya..K.lin sara mintk maap bbyk yer..Entah la cm rase bersalah sgt..K.lin da byk tolong sara..Sara jer tk tolong K.lin..Ampun maaf yer...

Friday, October 24, 2008

Khas Untuk Kawanku.....

Kawan di akhir zaman....Kawan di akhir zaman ini,
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui.Yang benar-benar sibuk Dengan urusan baiki diri nya.
Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan mengumpul dunia.Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemuiYang bergelumang dengan majlis ilmu manfaat, Yang sanggup bersusah dan penat dalam mengejar dan memahami ilmu manfaat.
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang menjela.Tapi ilmu fardhu Ainnya kosong belaka.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui.Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam di jiwa.Mengunakan professionnya sebagai matlamat ke akhirat sana.Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka.Yang hidupnya lebih berat dari beratIbadah dan amal terasa amat berat.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan. Yang berhubung hanya niat bertanya khabar.Yang ada hanyaYang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada. Bersahabat untuk mendapat laba.

Kawan di akhir zaman ini
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri.Yang menghidupkan ilmu yang ada.Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka.
Yang ada hanyalah yang suka berbincang dosa-dosa orang lain.Yang menghidupkan sunnah barat.Yang melupakan kehidupan akhirat.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temuiYang menjadikan masjid tempat pertemuan.Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan. Yang ada hanya yang menjadikan komplek tempat membuang umur.Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur.Kawan di akhir zaman iniSusah untuk kita temui.Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan.Menjadikan nasyid nyanyian harian.Menjadikan selawat ucapan kelaziman.Yang ada hanya artis di jadikan bahan pujaan. Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan.Dianggap moden dan berketrampilan.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temuiYang senantisa merasai mati itu sangat hampir. Yang senantiasa merasai jelingan Izrail.Menangis cemas mengenangkan saat kematian. Merintih sayu mengenangkan persediaan.Yang ada hanyaYang panjang angan-angan.Mengumpul dunia kerja seharian.Seolah kematian itu sangat jauh.Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh....

Sabda rasul;"Bersahabatlah dengan orang yang baik akhlaknya kerana kamu akan dikenali melaluinya.."

Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok


Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok. Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

i. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.


ii. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.


iii Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

iv. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.


v. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

Wednesday, October 15, 2008

Taktik KPT kendali pilihan raya kampus (PRK) ~ REF MalaysiaKini

Apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TTNC dan Dekan HEP) supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Kampus (PRK) serentak, sebaliknya ditetapkan pada dua dua tarikh berbeza, tentulah sukar untuk mereka menolaknya.

Tarikh pertama PRK tahun ini ialah pada 16 Oktober 2008, manakala penamaan calon 12 Oktober, melibatkan sembilan IPTA, antara lain yang sudah dipastikan UMT, UMP, UMK, UDM, UTeM. Manakala IPTA lain, khususnya di Lembah Klang, akan diadakan pada bulan Januari 2009.

Sudah tentu media, masyarakat dan mahasiswa sendiri akan tertanya-tanya mengapakah arahan ini dikeluarkan oleh KPT. Ironinya, pertanyaan-pertanyaan seumpama inilah yang sangat dibimbangi KPT!

Alasan utama KPT mengarahkan PRK diadakan secara berasingan ialah untuk mengelak daripada PRK menjadi perhatian media, rakyat, parti pembangkang dan mengelakkan kebangkitan mahasiswa.

Beberapa strategi lain untuk melumpuhkan kebangkitan mahasiswa disenarai panjang dengan begitu terancang sekali. Sukar hendak dipercayakan, kerana seperti kata Dr Siddiq Fadhil, "umpama seorang ayah merancang untuk mencacat anaknya sendiri!"

Antaranya adalah:

1. KPT mengarahkan istilah Pilihan Raya Kampus ditukar kepada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Istilah pilihan raya bagi KPT adalah setanding dengan Pilihan Raya Umum dan bakal membangkitkan semangat juang mahasiswa.

Oleh itu kalimat ini wajar dihapuskan supaya mahasiswa tidak dapat merasa seperti suasana pilihan raya di luar kampus. Cukuplah dengan kalimat pemilihan, seperti memilih ketua kelas semasa sekolah rendah dan tadika sahaja.

2. KPT mengarahkan poster-poster calon hanya dikeluarkan HEP. Calon dilarang mencetak poster sendiri. Kreativiti calon tidak perlu dan dilarang. Cukuplah menunggu poster bersaiz A4 dari HEP. Adakah ini cara HEP membentuk kepimpinan dan kreativiti mahasiswa? Semua disediakan, mahasiswa dilayan seperti robot layaknya!

3. KPT mengarahkan perkataan 'mahasiswa' ditukar kepada 'pelajar' sahaja. Istilah mahasiswa bagi KPT boleh membangkit rasa 'self esteem' yang tinggi di kalangan mahasiswa.

Oleh itu KPT mengarahkan semua universiti menggunakan nama 'Majlis Perwakilan Pelajar' bukan lagi 'Majlis Perwakilan Mahasiswa'. Mahasiswa dilarang menunjukkan 'taring' sebaliknya hendaklah siap sedia akur dan jangan bersikap kritikal terhadap pentadbiran universiti, apatah lagi kerajaan BN.

4. KPT telah dan akan mengeluarkan perbelanjaan yang besar kepada HEP untuk menganjurkan kursus calon dan jentera Aspirasi Kerajaan sebagai persiapan PRK.

Sebaliknya calon bukan Aspirasi Kerajaan dianaktirikan dan tiada langsung bajet untuk kursus calon apatah lagi untuk jentera mereka. Jelas sekali mahasiswa telah diperbodohkan. Apakah permainan padang yang tidak sama rata ini adil dan 'gentleman'?

Sebenarnya setiap tahun, bajet ini dikeluarkan kepada TTNC dan Dekan HEP dalam bentuk wang tunai berjumlah ribuan ringgit. Oleh itu jangan hairan kalau calon Aspirasi Kerajaan berupaya memenangi banyak kerusi PRK kerana di belakang mereka adalah KPT, yang sepatutnya bertindak sebagai badan bebas menyelenggarakan PRK.

Seolah-olah bagaikan Yahudi yang menaja calon-calon presiden di Amareka Syarikat. Siapakah yang boleh memberi jaminan wang tunai yang berjumlah ribuan ini, tidak disalahgunakan oleh TTNC dan Dekan HEP? Saya cabar Canselor dan Naib Canselor menyiasat kenyataan ini.

5. KPT mengarahkan HEP supaya calon bukan Aspirasi Kerajaan tidak dibenarkan bertanding secara berkumpulan kerana ini akan membentuk kekuatan kepada mereka. Calon bukan Aspirasi hanya dibenarkan bertanding atas kapasiti individu. Begitulah "double standard" HEP kepadamahasiswa bukan Aspirasi Kerajaan.

Dalam masa sama, HEP secara terbuka membentuk dan menaja calon-calon Aspirasi secara kumpulan dengan mengadakan kursus calon dan jentera. Semua maklum, HEP adalah umpama Suruhanjaya Riliha raya (SPR) di kampus. Bayangkan HEP yang membuat peraturan pilihan raya tetapi merekalah juga yang menodai dan mencabuli peraturan tersebut!

Strategi terbaru KPT untuk meraih kemenangan calon-calon Aspirasi Kerajaan ini akanmengundang beberapa persoalan yang menambah kekalutan dan keresahan di kalangan media danmahasiswa di kampus.

Beberapa persoalan di bawah wajar dijawab KPT dan HEP demi menjamin maruah dan harga diri mahasiswa yang diinjak-injak ini dapat diperkasa dan dibela.

1. Mengapakah PRK tidak diadakan serentak pada tahun ini, sebaliknya dilanjutkan ke bulan Januari 2009? Umumnya, Akta Universiti dan Kolej Universiti jelas menyatakan, "Hendaklah jawatan Majlis Perwakilan Pelajar dipegang selama satu tahun sahaja."

Dalam kaedah tafsiran undang-undang perkataan "HENDAKLAH" membawa maksud mandatori. Tidak dapat tidak, tempoh perjawatan MPP dengan ini WAJIB berakhir apabila tempoh penggal merekacukup satu tahun.

Perkataan "HENDAKLAH" tidak boleh ditafsirkan secara bebas mengikut selera KPT. Tafsiran sebegini hanya boleh dimungkinkan sekiranya ada proviso yang membenarkan kelonggaran peruntukan tersebut dan pemanjangan tempoh MPP dengan memberi kuasa kepada Naib Canselor atau pihak lain untuk membuat demikian.

Namun di atas faktor kelompok sempit, KPT tetap ingin melanjutkan jawatan MPP melebihi setahun iaitu Januari 2009.

2. Mengapakah KPT takut dan bimbang sangat dengan liputan media dan perhatian masyarakat terhadap PRK dan kebangkitan mahasiswa? Sepatutnya KPT berbangga kerana mahasiswa menjadi perhatian dan tumpuan media dan rakyat.

Bukankah mahasiswa juga mempunyai hak untuk masyarakat mendengar suara mereka? Bukankah KPTjuga mahu mahasiswa mampu menjadi juru bicara ummah? Atau sebenarnya KPT hanya ingin melahirkan 'mahasiswa itik gembol-gembol' tukang angguk-angguk dan tukang geleng-geleng?

3. Apakah visi dan misi KPT sebenarnya dalam melahirkan mahasiswa yang berketrampilan dan mencapai tahap global? Apakah KPT merasakan polisi terbaru terutama melibatkan PRK ini bakal melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah seperti yang digembar-gemburkan selama ini?

Mahasiswa hari ini merasakan KPT tidak lebih hanya mempunyai visi dan misi untuk "menternak" dan memperbodohkan mahasiswa dengan idea-idea 'canggih' yang layak dilakukan Yahudi ke atas pemuda-pemuda.

4. Mengapakah KPT begitu merestui dan menggalakkan mahasiswa UiTM mengadakan demonstrasi bila Menteri Besar Selangor mencadangkan supaya sedikit kuota diberi kepada mahasiswa bukan bumiputera?

Ironinya, dalam masa sama KPT melarang mahasiswa lain mengadakan demonstrasidalam isu-isu yang lebih relevan.

Hakikatnya, KPT begitu arif berapakah jumlah sebenar mahasiswa bukan Bumiputera di USM dan di UPM. Ia bukan rahsia lagi. Tetapi KPT 'buat-buat pekak'. Peningkatan mahasiswa bukan Bumiputera di IPTA berkenaan tidak pula dikawal. Janganlah 'double stardard.' Kokoknya berdegar-degar tetapi ekor bergelumang najis!

5. Mengapa KPT begitu menekan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedangkan mereka juga mempunyai hak dan pendirian untuk tidak menyokong calon Aspirasi Kerajaan?

Tentu kita masih ingat bagaimana pejabat MPP UIAM dikunci berbulan lamanya semata-mata kerana mereka tidak condong kepada Aspirasi Kerajaan. Berlaku adillah kepada semua mahasiswa. Janganlah peralatkan mahasiswa untuk kepentingan politik sempit KPT sahaja.

Senario buruk yang didedahkan ini wajar dihapuskan. Bayangkan apa akan terjadi kepada bakalpimpinan negara sekiranya KPT masih meneruskan polisi dan "strategi" yang bakal merosakkanpemikiran dan sikap anak bangsa mereka sendiri.

Cabaran masa depan negara dan era globalisasi yang semakin getir memerlukan anjakan pradigma oleh KPT sendiri. Janganlah membawa nilai 'politik kampungan' di menara gading.

Jika beginilah cara pentadbiran KPT, jangan terkejut mahasiswa sendiri akan bangkit bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Kerajaan BN. Mungkin ini sahaja jalan keluar bagi mahasiswa untuk keluar dari kezaliman KPT.

Mahasiswa sudah sekian lama disakiti. Apakah yang paling sakit bagi seorang yang bergelar 'mahasiswa tulen' di menara gading? Tidak lain dan tidak bukan ialah DIPERBODOHKAN!

dipetik: HarakahDaily

Harga minyak turun lagi ~ REF MalaysiaKini


MalaysiaKini~Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini.Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter;Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.Dalam kenyataannya, perdana menteri berkata, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September lalu."Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.


Tuesday, October 14, 2008

Jemputan Rumah Terbuka Pkatan Rakyat Shah Alam




Anwar akan sambung Bahas Bajet 2009 hari ini - Malaysiakini




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyambung perbahasan belanjawan 2009 hari ini mulai jam 11.30 pagi.
Semalam beliau telah mengambil hampir empat jam setengah membahaskan Bajet 2009 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Ogos lalu.
Kemungkinan besar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil masa satu jam lagi membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 (Bajet 2009) mulai jam 11.30 pagi selepas sesi soal jawab.
Jika tidak ada apa-apa halangan siaran langsung Dewan Rakyat akan disiarkan mulai jam 10.00 pagi. Siaran langsung ini dibawa khas oleh MP PAS, LIVE DI SINI dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat.
Klik di sini untuk lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) untuk hari ini

Selamat Hari Lahir...

Semalam 13/10 hari lahir k.lin yg ke 24...Selamat hari jadi K.lin...Semoge diberkati umo n dipermudahkn rezeki..Lupe nk amik gambo besday girl semalam..Ceria jer walaupun nk demam..Erm...sara syg k.lin....Semoga ukhwah kite terus berkekaln hingga akhirnya..Semalam jugk hari bertuah k.Lin..Tahniah k.lin..Sbb da dpt kerja..Doakan Sara plk yer..

Harini (14/10) besday ank sedare aku yg ke1..Selamat hari jadi Aqil..Semoge aqil menjadi ank yg soleh dan mentaati perintah Allah..Mak Tam Syg kt Aqil..

Sekejap lgi nk kene jumpe Pn Tini, nk kene abeskan discussion pasal prjct nih..Klu tak sampai bler tkkan abes..Aku pon lagi 8 hari jer kt cni..kerja tak ciap lagi..Report in progress..Takut jugakla.Bler plk aku nk kene jumpe SV..Manyk plk bnda nk pikir...Satu lagi yg aku pikir..Kerja ooo kerja...Kwn2 doakan aku dipermudahkn rezeki yer..Thnks..

Semalam jugak ade org baru masuk kt bhg nih..Namanye Raja Hilmi kot..Aku pon xknl lagi..Dier tuh ganti Faizal..Sbb Faizal p pindah ke perak..Aku tknk la amik tau sgt..Sbb aku da xlame kt cni..Biarkn la masa terus berlalu..Tp aku cm sedih jer nk tinggl kn bhg nih..Yerlah..da ramai kite knl kt cni..Takper la...mngkn klu ada rezeki aku akn kembali ke sni..

oklah...aku pon tak tau nk tulis aper..daa..

Hot!!! : Seniman Kecam Shah Rukh Khan Dikurnia Datuk


Presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof (duduk kanan), Ahmad Idham, dua dari kanan)ketika sidang media bantahan Seniman terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu. -foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN



[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

"Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati.

"Sabtu lalu, dia juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa macam satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Menurut Mustapha, mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

"Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan," katanya.

Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek atas sumbangan mereka kepada industri filem dan seni tanahair.

"Ikutkan, anak seni dan karyawan belakang kamera juga mempromosi bukan sahaja Melaka malah negara kita tetapi kenapa mereka tidak diberi perhatian.

"Kita harap mereka yang berjaya juga mendapat anugerah itu," ulasnya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh kira-kira 20 orang artis itu.

Antaranya adalah Harun Salim Bachik, Ahmad Idham, Datuk Aziz Sattar, Jalil Hamid, Arash Mohamad, Rahim Jailani, Mas Omar, Zulkifli Zain, Normala Omar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Rusdi Ramli.

Menurutnya, Seniman akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) pada pukul 4 petang esok.

Dalam pada itu, pengarah filem pecah panggung Jangan Pandang Belakang Ahmad Idham Ahmad Nadzri menambah, berita tersebut memberikan tamparan hebat kepadanya.

"Apabila saya melihat akhbar pagi Sabtu yang lalu, saya rasa macam kena tampar, apa ini?

"Saya macam badut atau kita macam main-main dalam industri hiburan ini? Kita selalu meuar-uarkan tema 'Filem Kita Wajah Kita'. Kalau nak kata bawa filem ke luar negara, filem saya pun bersepah dibawa ke luar negara.

"Apa yang saya tahu, belum pernah lagi artis yang berhak menentukan lokasi pengambaran filem atau drama," tegasnya.

Sementara itu, pelakon Arash Mohamad pula berpendapat alasan kerajaan negeri Melaka mengurniakan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana mempromosikan A' Famosa Resort, Alor Gajah melalui filem One Two Ka Four adalah tidak munasabah.

"Memanglah orang yang menonton filem tersebut mengenali Melaka, tetapi persoalannya adakah mereka datang ke negeri tersebut?

"Alasan itu membuatkan kami kecil hati. Kami bukan cemburu sebab tak dapat anugerah itu tetapi apa revelannya memberi kepada dia?," luah Arash yang dikenali menerusi drama tempatan seperti siri Masih Ada Cinta dan Badai Metropolis.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.

Sabtu lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

- mStar

Lagi Pembaziran Yang Di Bawa Oleh Kerajaan Ali Rustam - Malaysiakini

Sebelum ini Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka juga sudah membangkitkan isu ini dan cerita ini juga ada dimuatkan didalam blog jasindaily. Kini Blogger Angkasanuri pula mengeluarkan pandangan yang sama....jadi lu fikirla sendiri....

Eye On Malaysia yang sebelum ini di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Eye On Malaysia yang sebelum ini beroperasi di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur kini sedang rancak dipasang di Bandar Hilir Melaka dan dijangka mula beroperasi pada 18 Oktober ini.

Apa yang menjadi persoalan, siapakah yang terpaksa menanggung semua kos yang berkaitan dengan pemindahan Eye On Malaysia dari Kuala Lumpur ke Melaka ? Bagaimana pula dengan nasib Menara Taming Sari yang bernilai RM 26 juta yang juga terdapat di Bandar Hilir Melaka iaitu hanya beberapa ratus meter dari tapak Eye On Malaysia yang sedang dipasang. Secara logiknya, pelancong dari dalam dan luar akan memilih salah satu daripadanya kerana kos menaikinya yang mahal.Kadar Menara Taming Sari ialah RM 20 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak manakala untuk Eye On Malaysia ialah RM 18 untuk dewasa dan RM 9 untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Lagipun kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk melihat pemandangan menarik sekitar Bandar Hilir dan Bandaraya Melaka.

Jumlah pengunjung yang menaiki Menara Taming Sari yang ada sekarang ini pun dah mula merosot.Jika tak percaya anda boleh memerhatikan sendiri apabila berkunjung ke Bandar Hilir. Malah pada hari-hari biasa kecuali hujung minggu Menara Taming Sari ini seakan-akan tidak berfungsi kerana terlalu kurang mendapat sambutan. Awal-awal dulu memang le ramai.

Satu perkara lagi, apa perlunya Eye On Malaysia di Melaka bukankah Melaka sudah mempunyai Eye On Melaka di tepi sungai Melaka?

Eye On Melaka

Selain Eye On Malaysia, sebuah Skrin Air Terbesar di dunia dan 'aerospace dome' yang bernilai RM 43 juta yang sedang dalam pembinaan di tempat yang berhampiran.

Ini semua menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang seolah-olah tidak mengambil pengajaran daripada kegagalan projek-projek mega di Melaka sebelum ini yang akhirnya menjadi projek gajah putih. Di antaranya ialah projek Pulau Melaka yang bernilai bilion ringgit yang kini menjadi sarang maksiat dan tempat melepas gian penagih dadah. Ali Rustam juga tidak mengambil ikhtibar daripada kegagalan projek 'Suara dan Bunyi' yang bernilai jutaan ringgit yang sekarang tanpa suara dan bunyi kini semakin sunyi sepi.

sumber : Angkasanuri

Friday, October 10, 2008

Selamat Hari Raya Idulfitri

Assalamualaikum wbt..

Segala puji dan syukur kita panjatkan kehadratNya yang masih lagi memberikan peluang untuk melalui sebulan Ramadhan dengan sebaiknya,melalui segala mehnah dan ujiannya.Dan kini kembalinya Ramadhan meninggalkan kita membawa bersama amalan dan harapan moga-moga pengabdian kita kepada Allah sepanjang kebersamaan dia bersama kita akan diterima olehNya. Itu yang kita harapkan dan itu yang sentiasa kita panjatkan dalam doa-doa kita. So bagaimana dengan raya sahabat-sahabat? meriah ke? seronok ke? gembira ke? atau masih ada lagi yang mengambil sikap golongan salafus saleh terdahulu yang amat menangisi pemergian Ramadhan. Apapun kesedihan kita dengan berlalunya Ramadhan tidak semestinya tidak boleh memberikan kita kegembiraan dengan menyambut kedatangan Syawal yang merupakan hadiah dari Allah untuk hambaNya yang penat melalui ujian. Cuma berpada-padalah dalam kita meraikannya.

1st sekali nk wish Happy Raya Day...Selamat Hari Raya Idulfitri 1429H..Rasanya masih belum terlambat..Harini baru raya yang ke10..masih diperingkat awalan org kata...Kat cni aku nak mintak maaf bbyk la kalu ade terkasar bahasa tersilap bicara, terguris perasaan, termakan dan terminum secara sengaja atau tak sengaja harap dimaafkan sesama insan..Manusia ni tak pernah silap..Dgn Allah kita berdosa apatah lagi sesama manusia..lagilah byk silapnya..Di bulan baik hari baik, marilah sama2 kita memanjatkan syukur dan keredhaan kepada Allah S.W.T yg telah memberikan kite umur yg panjang untuk dipertemukan dengan hari yang mulia ni..

Ermm...rasenyer da lama aku tk mengupdatekan blog aku nih..Kekdng tu malas sgt nk bukak..Xde idea..Klu da idea mencurah2 plk..hihihi..Kat cni aku nk cite pasala raya la kot..Raya tahun nih agak meriah sedikit sbb 2org akak aku yg da kawen beraya kt kg..Sorang jer beraya di N9..dah turn kt sane kn nk wat cmner..begitulah kehidupn org berkahwen nih..Kene ade turn nyer..baru la adil n saksama..cewah..tp aku paling terkilan la sbb abg aku tak lik raya..sodih mak ayah..kata nk lik tetibe tak dpt cuti lak..Raya haji la plk balik..lagi 2 bulan la..

Sebelum raya tuh aku p gak la umah wan aku..ingt nk swuh beraya sama..Tp wan aku xnk plk..katanyer anak sedare dier nk dtg umah..Pas raya la jemput wan rasanya..Umah aku nih klu raya, lemang tak lepas..musti kene ade..Klu tk macam tak raya plk..Akak aku wat ketupat..Beshnye makn ketupat..Waktu bakar lemang tuh rmai gak la penolongnyer..Ank sedare aku la..sume menunjukkn sikap yg rajin2 belaka..hihi..nk wuit raya la tuh.. =p

Pagi raya tuh cm biasa sumenyer cibuk..ade yg mangun lambat la..ishk3...Sblm p masjid bersalaman ngn mak ayah tercinta dan sume adik beradik..Terharunyer la...
pastuh terus ciap2 p masjid..Aku tak p surau kt kg..Tp aku p masjid kat rumah lama aku..Sebab ayahku ade taggungjwb kt sane sbg seorg bilal..So faham2 la..Kitaorg p ngn 2 kete..Syahdunya la takbir hari raya tahun ini..Terasa keinsfasan menyelinap dalam jiwa nih..Banyak dosaku pada Mu Ya Allah..

"Ya Allah Ya Tuhanku Engkau ampunkan segala dosaku Ya Allah, dosa ibubapaku yang melahirkan diriku, keluargaku, saudara maraku, guruku, rakan2 ku serta muslimin dan muslimat samada yang hidup atau pn yg telah meninggal dunia...Engkau berikankah kami cahaya petunjukMu agar kami sentiasa berada dlm hidayahMU..AMIN.."

Semoga syawal tahun ini memberi keinsfan kepada diriku serta insan yang lain...
Pas solat raya, trus berziarah di rumah sedara mara kt ctu..lamanya la tak berjumpa..Betul la hari raya nih dapat mnegeratkan hubungan sesama insan..Yang jauh didekatkan. Yg dekat dirapatkan..Pengikat silaturahim adalah yg terbaik dikala manusia saling bertelingkahan..

Raya pertama tuh 7 buah rumah kami beraya...Letih jugakla..Tp seronok sgt..sbb dapat mkn..hihi.Setiap rumah yg aku pergi aku akan mkn mknn berat..Kenyangnyer la..rezeki dari Allah kepada hambanya melimpah ruah pada 1 syawal..Tp xleh lak kite lupe kpd ank yatim, org2 miskin yg memerlukan bantuan dari kita..Sebab tu Allah jadikan org kaya dan org miskin..Sbg org kaya, mereka patut bersyukur kerana diberikan kekayaan dan dgn harta tersebut dapat memberikan pulangan yag berharga untuk dibawa ke akhirat nanti..Pahala berganda kalu kekayaan tersebut disumbgkn kepada mereka yg memerlukan..Dan sbg org miskin pula jgn pula meminta..Usaha adalah tangga yg terbaik untuk mencapai kejayaan..Dan kalu mereka mendapat bantuan, bersyukurlah dgn kurniaanNya..Rahmat Allah sentiasa bersama kita jika kita sntiasa mengikut perintahNya dan menjauhi laranganNya..InsyaAllah...

Wah3..raya pertma tuh kiteorg tk sempat nk bergambo 1 family..Masing2 cibuk jer..Xperla..mngkn laen kali..Raya kedua dok rumah jer..Tggula org dtg berya..Tp tk ramai.Nk pegi beraya tp tak tau nk beraya ktner..Sodihnyer la..Raya ke3 adalah raya yg menyedihkan..Pagi tu ayah dpt call dari jngka..Dadaku da berdebar2 waktuh tuh..
Ayah ckp Pak Ndak aku meninggl dunia.."Innalillaahi wainna ilaihiraajiun"..Pak Ndak aku meninggal pada 3 syawal 1429 pada hari Jumaat..Pagi tu jugak kami berziarah ker rumahnya..Sampai2 org da ramai berziarah..Smpt jugaklah aku menyedekahkan bacaan Yassin kepada arwah pakcik ku.."Semoga pakcik ditempatkan dikalangan org yang beriman..AMIN.."..Aku nih xderla baik sgt dgn arwah pakcik. Tp yg aku tahu arwah sgt rajin menolong org..

Kat cni aku nk share ckit pasal bab2 kematian nih..Kita klu mendgr apa musibah hndaklah mngucapkn perkataan "Innalillaahi wainna ilaihiraajiun"..Bkn untuk kematian sahaja malah yg apa2 musibah..Dalam hadis meriwayatkan.."Sesungguhnya suatu malam, lampu di rumah Nabi SAW padam. Beliau mengucapkan: "Inna lillahi wa inna ilahiraajiun." Kemudian ada orang yang bertanya: "Apakah yang demikian ini satu musibah ya Rasulullah?" Beliau bersabda: "Setiap apa saja yang menyusahkan adalah musibah."..Sikap Rasulullah SAW tersebut merupakan satu adab yang amat tinggi. Ucapan tersebut adalah sebaik-baik ucapan ketika kita menerima musibah dari yang terkecil hingga yang terberat..Dengan ucapan tersebut kite dapat mengingati kematian..Ujar Nabi: "Perbanyaklah mengingat kematian. Seorang hamba yang banyak mengingat mati maka Allah akan menghidupkan hatinya dan diringankan baginya akan sakitnya kematian." Karena itu Rasul SAW menganjurkan agar kita sering ziarah kubur..Klu nk diceritakan bab nih banyk kesilapn yg umat islam skrg lakukan..Mngkn Diruang laen kita akan berdiscus pasal tajuk ni..

Ermm..hari raya seterusnyer seperti biasa..Aku pon mmg dok rumah ajer..dah raya ker 6..cuti da abes la..Kene balik bndar..Tak seronoknyerla..Nk tingglkan kg halaman..Rasa nyer baru jer balik kg...Tp takperla da tnggungjwab kite kt sane..Nk abiskan prktikl..Cite pasal prktikl..Keje tk ciap lagi..Cmner nih..hihi..
Kami blik ngn 2 kete..Mak ayah nantikan kepulangan kami seterusnya...
Kitaorg mmg saje amik cuti lebih sehari sbb nk elakkn jem..Kt PLUS tuh ok jer..Sampai kt lebuhraya mahameru, ceh jem giler..Dgr radio, rupenyer ada lori terbalik..Wah 2 jam atas jalan raya dgn tk wat per2..bazir masanyer la..Sampai ptrjaya dlm kol 11.Antar adik ditambah sesat n makn..tu yg lambat..tp alhmdulillah..Selamat sampai..

Esoknyer kije la..wah kt cni org ngh mkn kuih raya..Tgk jerla..Aku pose harinih ..InsyaAllah..Kuih dieorg mkn nih baki dari jamuan hari raya rabu harituh..Meriah gak..Ada cabutan bertuah..Wah2 akulah bertuah harituh..Dapat bantal Mickey mouse..hihi..Sume jeles..Dieorg ciap kasi hadiah kt aku..Yerlah ku kn da nk abes kt cni..Ciap kasi ucapan lagi..Tetibe jer panggil..Xsedia per pon..Ucap jer la ape yg patut..Sedih plk nk tingglkn tmpt nih..Ceh poyos jer..

Rasanyer da pnjg nih..Saje ngabiskan masa..Wlaupun kije tk ciap lagi..Hahaha..
klah..bertemu kembali kite yer..DAAA..













Tuesday, September 23, 2008

Raja Petra Ditahan ISA, Jangan Lupa Pula Dengan Astora Jabat - Malaysiakini

Bila Raja Petra Kamarudin ditahan dibawah ISA berhubung dengan isu penulisan beliau yang dikatakan menghina Islam terus terlintas dalam fikiran saya akan 1 perkara iaitu :

1.Kes penghinaan Islam oleh seorang penulis yang bernama Astora Jabat
Sedikit cerita..Bila isu Raja Petra dikaitkan saya teringat dengan seorang penulis yang sememangnya lagi jelas menghina Islam bahkan beliau sendiri diberikan satu kolum khas didalam Akhbar Utusan Malaysia pada setiap hujung minggu.

Masih kenalkan kalian semua dengan pemilik nama 'ASTORA JABAT' ?? beliau inilah yang saya maksudkan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil dan yang pasti penulisan beliau yang sememangnya cukup kontroversi serta boleh menyebabkan iman seorang Islam tergelincir melalui bacaannya bahkan siap ada sesi soal jawab dengan para pembaca yang ingin bertanyakan permasalahan tentang Islam.

Hasilnya jawapan yang diberikan semuanya hanya menggunakan logik akal bukan berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pembohongan beliau sudah terbukti dimana beliau dibelasah 'teruk' oleh Mufti Besar Perlis yang kini iaitu Dr Mohd Asri Zainal Abidin didalam sebuah forum suatu ketika dulu. Mungkin ada diantara kalian pernah melihatnya.

Persoalan dari saya, kenapa beliau tidak ditangkap dan ditahan ISA. Kenapa masih lagi dibela ketika itu ?? dimana peranan JAKIM ?? Adakah JAKIM sendiri sudah disogokkan dengan wang bernilai jutaan ringgit ??Saya bukan nak membela RPK, sepatutnya JAKIM sendiri memainkan peranan berjumpa dan bertanya dengan beliau. Lagi bagus jika mereka sendiri memainkan peranan dengan memberikan maklumbalas kepada RPK, bukannya mendesak beliau terus ditahan dibawah tahanan ISA...kalau RPK ditahan sepatutnya lagi dulu lagi Astora Jabat sudah kena tahan......

Shah Alam dan kampungku.....

Salam ramadhan..Harini tiada berita yg menarik..hanya politik yg akan mnjadi tajuk besar..Bkn tak suka, tp kadang2 agak bosan nk baca..alih2 manda yang same..Selagi tk bersatu macamtulah jadinya..

Erm..minggu lps aku amik cuti 2 hari tau.kamis n Jumaat..Malas tol nk p keje...lagipon aku nk p jumpe supervisor(SV) aku..ingat nk p jumpe hari kamis..alih2 dier kate ade meting lak..Tp aku dah cuti, so truskan jer la..Aku tk wat jahat sensorang, siap ajak k.lin lagi..Ajak cuti skali...haha..bkn selalu kan..
Waktu da start enjin kete, alih2 aku lupe lak ktner wallet aku ltk..cari punyer cari..mmg tk jumpe..Bru aku ingt yg wallet aku tinggl dlm hdbg akak..Cmner nih..xjadilah nk p s.alam..Duit xder nk isi minyk..Aku trus tipon k.lin swuh dier dtg umah..ingt nk jemput dier jer..Pas je isi minyk terus pecut p opis akak..Memndu dgn keadn xder lesen..Agak takut la..hihi..

Akhirnya tiba gak la kt s.alam..kol 4 kot..Aku nih nk p jumpe SV nk tunjuk system.Tp faham2 la aku nih maner la ade laptop..Aku nih tak kaya maner nk ade laptop sndiri, terpakse la kene pinjam kt adik angkat aku..seb bek dier bek nk pinjmkan..Alhmdulillah..Ptg tu berbuka kt umah lama (sek8) same ngn k.zeha,noyu,k.yus,k.lin,yat n cikun..Meriah2..Malm tuh p jumpe sinchan, nk mintk tolong dier..Aku nih mane la pndai kn..so kene mintk tolong dari yg pakar la..

Malam tu ngntuk tol la..nk mangun sahur pon malas..tp gagahkan jugak la..Nnt lapo lak..Pgi tuh p jumpe SV kedua aku Pn Azlin..Die ok..baik jer..Ingt pastuh nk jumpe En Yusri..Alih2 dier xder kt bilik..Aku trus call dier...Dier kate dier da lik..Ala cmner nih..keje aku tak ciap lagi..Seb bek die tawarkan nk dtg lik..Rupe2 nyer dier mmg da nek kete nnk lik..Cian En Yusri, sbb aku dier sggup dtg lik..Terharunyer...Tp len jadinyer, dier tak dpt tulun la..Takperlah xder rezeki..Tgh hari tuh lpk fakulti jer..nk tggu jumpe SV pertama lak Pn Maznita..Nk check report..Report aku ade kene baiki ckit..Biasalah tuh kan..Ade cilapnyer..Nnt akan diperbaiki..

Pastuh trus lik..Dah park kete, tgk2 cover signal kete plak xder..Wah2 cmner lak leh jadi cmnih..Rasenyer tak langgar per2..Ke mmg cover tu xder..Aku tak pasan lak mase bawak kete tuh..Nk kene ganti la..Tkt nnt abg tk kasi pinjm kete da..Aku tak bgtau dier pon..Sampai skrg pon aku senyap..Nnt la aku ckp..hihi..Abis RM30 ganti cover tuh..pastuh kitaorg p berbuka sesame kt luar..Aku makn tomyam..Biasa jer..Kt bangi lagi sedap tol tomyam dier..hihi...Pas mkn tuh p solat dlu, sbb pastuh nk smbut besday Yat..Happy Besday Yat yg ke23..Da tuo ko..Blik lmbt gak aku..Dalam kol 11.30 smpai umah..Akak aku asik call jer..Riso la, aku nih jrang bwk kete.Patuh leh lik mlm2 lak..Tp alhmdulillah, aku selamat sampai..Soknyer lak aku nk kene lik kg..Beshnyer la..

Kt kg yg beshnyer dpt jumpe mak ayah n ank2 buah..Sume ank2 aku balik..meriahnyer la..Abes porak peranda umah..hihi..Tp takper yang penting mak ayah aku tak berbuke berdua jer..Ptg tuh p bandar ajak Afif..Bawa sorang ckupla..Yg len nnt Mak Tam belikan coklat k..hihi..p bndar amik gmbar passport..Nk antr borang kije..Kene la wat muke cntik2 ckit..Seb bek smpt..Klu tak tutp da kedai tuh..Auntie kt kedai tuh ciap puji aku lagi..hihi..kembang jap..hahaha..Wah2 aku p potostat pastuh. Mahal tol skrg..nk wat cmner kan aku mane la ade mesin gajah tuh..naseb badan..P bazar xder per nk bli..Alih2 bli apam balik jer RM1..Sbb sblm p td aku tgk da manyk makann..So xnk la membazir..

Ala xsmpt tgk upin n ipin la..Berbuka kt kg lagi meriah..Tu belum lik semua lagi..erm ade 6 org xder kt umah lagi..klu lik semua lagi besh..Abg aku sorang tuh ntah bile nk lik..Kate nk lik raya..Ckup2 la dok kt Kuwait tuh..Beraya kt kg la plak..tp sebelum berbuka tuh ade call mak..Kateny smpai senin 29..oklah tuh..Tp kene cnfirm lik la..Xbesh tol la abg nih..Balik la..Kitaorg da rindu kt abg..

Mangun wktu sahur besh..sbb aku dilayan cm bdk kecik..Sbb skrg kt umah aku yg pling kecik..adik aku xder..leh manja ngan mak..Banyak aku makn sahur tuh..hihi..Pagi tuh Nabil.Ainul dan Aqilah da balik umah dier..jumpe jap jerla..
Takperla minggu dpn lik lagi..Ptg tuh masak dlu sblm lik Putrjaya..Masak ikan bakar ngan ayah..Mak ngn akak masak kuih..Erm..dlm kol 5 aku lik Putrajya..Afif n Alya pon da lik umah dier..Cian mak ayah tinggl berdua jer..Sedih tau..rase xnk lik..Tp nk wat cmner..Mak selalu bilang hari, bila anak2 dier nk lik umah..Rase nak nangis jer mak ckap cmtuh..So kitaorg kene gilir2 balik..tiap2 minggu kene ade lik kg tgk mak ayah..

Hari senin hari yg malas keje..aku tak wat per2 pon..borak jer lebih..harinih pon malas gak..tiap2 hari malas..hihi..rase2 nk p jumpe Pn tini.. Nk discus satu lagi keje..Yg tuh pon xciap lagi..Usahakn jugak la..Chaiyok2..

Berbuke kt sek 7...K.zeha,K.yus,K.lin,Noyu dan Yat

Besday girl..hapi Besday Yat
moga diberkati umur dan
dipermudahkan rezeki..
Sambut besday kat keretapi
tanah melayu tuh..wah3

Thursday, September 18, 2008

Lagu2 Puasa (Ramadhan)

:Cara2 mendownload....

[Right Click, then select Save Link As
for Mozilla Firefox users or Save Target As
for Internet Explorer & Opera users]


Inteam-Kemuliaan Ramadhan
Amir-Iktibar Ramadhan
Mawaddah-Hikmah Ramadhan
Acha-Janji Ramadhan
ManBai & Raihan-Harapan Ramadhan
Jalil Hamid-AlKisah bulan Puasa
Nada Murni-Amalan di Bulan Ramadhan
Imad-Berkat Ramadhan
Opick-ramadhan Tiba

Politik Malaysia

Nampaknya sekarang nih politik kat Malaysia ni makin hari makin bermasalah..Lepas satu masalah datang lagi masalah yang lain.Rakyat pula terpaksa menyaksikan permainan politik yang dimainkan oleh ahli2 parlimen...Kalau tengok la dari satu sudut, semuanya nk kan kemenangan..Mmg la masing2 inginkan pemerintahan yang baik, tetapi setiap org ade idea masing2..Tu yang menyebabkan berlaku bab2 camnih..Alih2 rakyat jugakla yang tersiksa..
Pening kalu pikir..

Tapi bagi aku la kan, pemerintahan yang adil, telus dan saksama yang rakyat inginkan..Satu lagi jgn lupa, agama tuh yang penting..Jadikan cara pemerintahan kita nih pemerintahan Islam..Bukan nk ckp agama2 lain xleh ade kat Malaysia ni..Tapi kene bersikap terbuka..Pemerintah dan rakyat kene memahami bab2 nih.. Jgn ade terjadi isu perkauman.. Takut klu isu nih semakin serius dan tak dibendung berlaku lagi kesilapan 13 MEI..Tumpahn darah patutnya tak terjadi kat Malaysia yang aman makmur nih..Ya Allah jauhkan la dari segala permusuhan dan pergaduhan....Kita hidup ni hanya khalifah Allah yang kerdil..Sebagai hambaNya, kita patut menghargai tiap2 detik yang Allah beri pada kita semua..Bersyukur atas nikmatNya..Kita hidup nih patutnyer saling bertanggungjawab..bukannya saling bermusuhan..
Apa2 pon sama2 lah kita berdoa, semoga kita dilindungi Allah..dan Malaysia akan diperintah seorang pemipin yg mempunyai ciri2 kepimpinan yg benar2 dilandasan yang betul..Amin...

Wednesday, September 17, 2008

Mp3 Lagu2 Raya Khas Untuk Kawan2 ku

Selamat mendownload...

ARamlie-Suara Takbir
ARomzie-Selamat Hari Raya
Ahmad Jais-Selamat Hari Raya
Aisyah-Pulanglah
Aisyah-Setitis Cahaya di Aidilfitri
Aisyah-Tiada Luka
DJ Dave - Menjelang Hari Raya
Fazedah Joned - Aidilfitri
Hail Amir ft Uji Rashid - Seloka Hari Raya
Herman Tino ft Zaleha Hamid - Joget Hari Raya
Jalil Hamid - Hari Raya
M Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda
Noorkumalasari - Pulang Di Hari Raya
Nurul - Rindu Syahdu Di Hari Raya
Othman Hamzah - Lagu Hari Raya
P Ramlee - Dendang Perantau
Rafeah Buang - Selamat Hari Raya
Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema
Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya
Rose Maria - Di Pagi Aidilfitri
S Jibeng - Musafir Di Aidilfiri
Saloma - Aidilfitri
Saloma - Selamat Hari Raya
Sanisah Huri - Joget Aidilfitri
Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang
Sanisah Huri - Aidilfitri
Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
Sharifah Aini - Hai Selamat Hari Raya
Sudirman ft Zaleha Hamid - Inang Di Aidilfitri
4U2C - Bergema Takbir Di Pagi Raya
2 By 2 ft Liza Hanim - Hari Raya
Raihan NowSeeHeart-Satu Pagi DiHari Raya
Raihan NowSeeHeart-Hari Raya Untuk Semua
Ahmad Jais-Satu Syawal
Ahmad Jais-Dari Jauh Kupohon Maaf
Ajai-Rindu Di AidilFitri
Aman Shah-Kepulangan Anakmu
Amy Mastura - Setahun Sekali
Anuar & Ellina - Suasana Hari Raya
Artis Artis - Gembira Di Hari Raya
Awie - Selamat Hari Raya
Asha Malik - Pulang Di Hari Raya
Black Dog Bone - Cahaya Di Hari Raya
Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri
Hasnol - Lebaran Walfa'izin
Jamal Abdillah - Maafkan Segala Keterlanjuran
Jay Jay - Hari Raya Bahagia

Peristiwa Badar Al-Kubra


Hari ini 17 Ramadhan kita akan menyambut sambutan peristiwa Badar Al-Kubra. Peperangan Badar yang menyaksikan 313 orang mujahid hadir memburu syahid dan menentang kekuatan musuh Islam yang tiga kali lebih ramai dari mereka. Rasulullah memimpin bala tentera pertama Islam ini untuk mengukuhkan kedudukan Islam agar terpandang tinggi oleh musuh-musuhnya.
Alhamdulillah, Allah telah berikan kemenangan dengan janjinya bahawa;
Dan barang siapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, sesungguhnya puak atau pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.
(Al-Maidah:56)

Maka siapakah kita untuk menafikan takdir kemenangan dari Allah ini. Jumlah yang sedikit bukan bermakna kita harus kalah. Semangat kita harus lebih tinggi dari jumlah fizikal kita kerana iman yang tersemat dalam hati sudah menempah rahmat dari Allah.

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah (kerana kamu sedikit bilangan dan kekurangan alat perang) oleh itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuriNya.”
(Ali-Imran:123)

Oleh itu wahai sahabat-sahabat pemuda, kita harus terus bertaqwa dan bertawakkal pada Allah. Tiada jalan pintas untuk kita kecapi jalan keredhaan melainkan dengan memperkukuhkan keyakinan kita.
Jangan kita mabuk pada kemenangan dunia walhal kemenangan akhirat itu lebih manis ganjarannya.

Dalam suasana sekarang, sudah ramai yang menanam angan-angan untuk duduk sebagai peneraju rakyat. Namun tanggungjawabnya amatlah berat dan tanggungjawab kita dalam mencuci kebejatan penzalim itu bukanlah kerja yang boleh habis dalam sehari dua. Ianya akan berangkai sebagai sebahagian dari ekspedisi badar yang harus kita laksanakan.

Jangan kita hanyut dalam kekalutan sekarang. Kemenangan yang ada harus diurus agar ianya bermanfaat untuk Islam.
Ayuh! barisan pemuda Islam.
Tegakkan kembali bendera badar, kerana kemenangan lain sedang menanti!

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
(Muhammad:7)

16 Sept: Kenyataan penuh Anwar -MalaysiaKini

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.

Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.

Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.

Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;

4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.

Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong.

Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Tuesday, September 16, 2008

Perhimpunan Pakatan Rakyat


oh ye...kt aku aku sertakan sekali gambar Perhimpunan Pakatan Rakyat kat Kelana Jaya semalam..(isnin malam)



DSAI berucap dihadapan 10,000 penyokongnya

Wajah seorang Pemimpin

Penyokong2 yang memberikan sokongan

916

916 yg dinantikan oleh seluruh rakyat di Malaysia. 916 akan menentukan siapa yang akan mengambil alih pucuk pimpinan di Malaysia.916 mungkin akan mencipta sejarah..Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambil alih dan andaiannya adalah Anwar akan menjadi Perdana Menteri.Majoriti berita, melaporkan dakwaan Anwar bahawa dia sudah mempunyai bilangan Ahli Dewan Rakyat yang mencukupi untuk mengambil alih daripada BN.

Bagi aku la, jika plan asal 916 tidak berjaya insya-Allah ada tarikh lain. Perkembangan positif just tunggu pengumuman DSAI pada hari ini. Kalu betul 916 nih berjya, alhamdulillah..
Rakyat mahukan perubahan..Perubahan yg boleh menguntungkan rakyat dan negara..
Bkn hanya sebelah pihak sahaja. Tp sebelum ambil alih kerajaan kene ade la prosedur nyer dlu.
Bkn sng2 jer nk ambik alih.. Ini garis panduannyer:

1) Mendapat kepastian bahawa sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen berhijrah masuk PR
2) Mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan proses peralihan kuasa dengan aman, licin dan teratur.
3) Mengadap Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong menyembahkan situasi sebenar selepas PR mendapat majoriti sokongan ahli-ahli parlimen.
4) Perdana Menteri meletakkan jawatan.
5) Mendapat perkenan Tuanku Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong untuk membentuk kerajaan

Ini ade serba sedikit petikan dari akhbar2 kt malaysia nih

Malaysiakini memetik: Anwar sebagai berkata bahawa 16 Sept. Adalah hari penentu -- D-day – dan beliau sudah bersedia untuk menubuhkan kerajaan.

The Star Online memetik: Anwar sebagai berkata bahawa PR sudah bersedia menubuhkan kerajaan dan akan mengumumkannya siang nanti.

Bernama memetik: Abdullah sebagai menyangkal dakwaan Anwar itu dan menyifatkannya sebagai mengacau dan tidak masuk akal.

Bagi aku, kita tunggu sahajalah apa akan jadi seterusnya. Seperti yang aku tulis kt atas td tak dapat 916 ada lagi tarikh lain yang pasti dalam tempoh yang terdekat, angin perubahan politik akan melanda di Malaysia...Antara realiti dan fantasi..Klu kebenaran ditangan kita, insyaAllah kejayaan akan milik Pakatan Rakyat..Yang penting befikiran secara positif dan sentiasa kekalkan keamanan di Malaysia ini..

Thursday, September 11, 2008

Tilawah


Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak mencoretkan kata2 kat blog nih..Sehari sebelum puasa last aku menulis..
Bulan ramadhan beramal ibadah lebih baik dari mengutamakan yang lain...Kelmarin dan semalam diadakan pertandingan tilawah Jabatan Perangkaan Malaysia..Meriah jugakla..Aku amik port jadi usher..Mula2 tu malu gak la kan..Nk kene mengiring peserta dan penonton..
Tp da jadi tanggungjawab kita..Orang amanahkan kita, so kita kene buat yang terbaik..Sama jugak dengan kerja yng dipertnggung kn ke atas kite..Pada mulanya keja ini adalah Fardhu Kifayah..Tp setelah kite diberi tugasan dan kita telah aku janji, ia akan menjadi Fardhu Ain. Wajib ke atas kita melakukannya sehingga siap...Ermmm..balik pada tilawah tadi..bahagian aku ade sorang masuk..Siap dapt tmpt k3 lagi..Alhmdulillah rezeki bulan Ramadhan..Pada mulanya nk jugak la join tilawah nih..bkn selalu. tp difikirkan kita nih banyak lagi kelemahan dalam pembacaan al-quran. Mungkin ade lagi yang selayaknya. Baca al-Quran nih bukan main2..
Klu silap bace, maksudnya lain dan boleh mngubah ayat tersebut..Satu lagi dalam bab tajwid..Yg tuh utamanya..Tajwid mmg penting dlm pembacaan ayat2 al-Quran..Klu nk dikutkn zaman sekarang nih, kebanyakkan org membaca sekadar nk habis cepat..Abes dilanggar nyer tajwid2 tersebut..Aku pon ade kalanye buat camtuh jugak..Tp kadang2 tu ade yg mengingatkan..So kite kene prihatin bab2 cmnih..Supaya satu hari nanti kita dpt mmbaca dgn lebih baik lagi..

Saturday, August 30, 2008

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..



Sedar tk sedar sehari lagi kite akan mnyambut bulan ramadhan...rasenyer baru jer kedatangn bulan mulia nih..Sungguh besar pahala bagi sesiapa yg berbuat kebaikan di bulan ramadhan ini..
Sedikit kata2 aku tujukan kpada rakan2 ku:

Marhaban Ya Ramadhan, pengharapan agar hati dan jiwaraga kita diasah dan diasuh, dilatih dan ditarbiyyah serta dinaiktaraf dan diiktiraf. Selamat memasuki madrasah Ramadhan ini dan semoga setelah keluar darinya segala dosa-dosa kita diampuni oleh Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita semua. Demi sesungguhnya “sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.” Ramadhan Kariim dan selamat beribadah dengan penuh keikhlasan saya ucapkan buat semua tetamu ziarah yang budiman sekalian!

Tuesday, August 26, 2008

Perasaan..

Semalm aku tk smpt nk tulis per2 dlm blog ni...malamnya aku melayan perasaan yg tk menentu..tetibe ajer hati nih rase rindu sgt..makin dilayan makin mnjadi2 perasaan nih..kadang2 hati nih perlu juga perkara2 cmnih..biar hati ini terusik..biar kan dier merintih...spaya satu hari nanti hati ini akan faham keadn sebenar..

perkatan Maaf?knapa ya susah sgt org nk ucapkn perkataan tersebut..mngaku kesilapan susah ker...yg sebenrnya kesilapan tu mmg dtg dari diri nye..tp betol org kata..kadang2 kite tak sedar ape yang kita lakukan..tetibe jer kite sudah melakukan kesilapn kt org..sedih klu betol2 kite pernah lakukan dan kite xsedar ape yg kita buat..Sbb tulah setiap akhir pertemuan kite dgn seseorg kite perlu mintk maaf walaupun kita tdk melakukan kesilapn tersebut..hati manusia susah kita nk faham..dan ianya lebih baik jika seseorg melakukan kesalahn kpd kita, maafkan sahaja kesalahan mereka..

Bukalah pintu kemaafan yang setulus-tulusnya pada org yg menyakiti kita. Jika kita masih merasa sakIt hati walaupun dia sudah memohon maaf, maka itu ertinya kita belum benar2 maafkannya. Salah satu ciri kita telah tulus  memaafkan org lain adalah jika kita tidk lg terbelenggu oleh rasa sakit hati kita kerana perbuatan org lain itu. Memberi maaf itu mampu membuka belenggu2 sakit hati itu. Mampu menyingkirkan kebencian. Dan memaafkan adlh kekuatan yg sanggup menghancurkn rasa mementingkan diri sendiri. Ketika kita memberi kemaafan itu, tidak bererti kita lebih rendah @ kalah. Justeru ketika kita kita mampu memberi maaf, kita telah Menang dan kedudukn kita lebih terhormat dibandingkan org yg dimaafi...insyaAllah..

Sunday, August 24, 2008

Moto oo...moto

Alops...

Harinih p service moto..Cian kt moto aku tuh..Dok jer kt umah sampai xleh nk start da..puas gak la aku try strt pagi td..alhmdulillah la leh gak dier bergerak..Mula2 aku p presint  9 nk service moto kt situ..Alih2 tk bukak lak..xtau la klu dier tutup ker ahad or mmg dier xopen lagi..yolah aku smpai ctu kol 9.30 pagi..smngt aku nk baiki moto tuh..hihihi..Aku tk p sensorng tp ditemani Razlina aku pnggil K.Lin..clsmate aku dlu..skrg nih dier prktikl gak..tp kt cyberjaya la...bincang2 ngn K.lin kitaorg cdg nk p sri kmbngn jer la..Kt ctu bnyk bengkel katanya..Sampai2 puas gak la cri bengkel moto..Jumpa 2,3 bngkel moto..Yg len sume kete..Wah2 kt ctu org kaya ngn kete jer..moto2 da xpakai kot..Smpai kt ctu trus ar tnyer bper harga tuk bateri moto tuh..Terkejut gak la dgr harga tuh..satu tuh RM55 yg biasa2 jer satu lgi RM80 (mahal tuh)..Alih aku trus ar call ayah aku tnyer tol tk harga tuh..Ayah plk tk tau.Dlu katanya murah jer dlm RM20..Mahal tol da skrg yer..Minyk naik harga bateri pon naek (mndadak la plk)..Ayah suggest tk yah jer tkr...sbb yerlah ank die sorng nih xkeja lagi..mner la ade duit nk blnjer tuk moto tuh beso2..tp tkperla..aku yg pakai, so aku kene repair la kn..Aku amik keptusn tkr yg murah jer...aku tk bajet mahal2..Abes 60 gak la ,tuk plug skli..
bkn selalu aku blnjer mahl2 tuk moto nih..Oklah ckit kot moto aku tuh skrg nih..

Pas slesai p service moto.. p la Jusco lak..tngkn hati kn..Dapat jugakla baju 1 helai..Sbb ngah ade sale skrg nih..besh tol mnjamu mata nih..Jalan punyer jln tk sedar rupenye kt luar hujan ngh lebat..Tak dpt la nk lik..lama jugakla kitaorg tuggu hujan berhenti..tp xberhnti2..trpksa redah gakla..tp da renyai2..so xleh la nk merempit..bwk slow jer la....Akhirnye berjaya gak la smpai ke rumah..alhmdullilah..

skrg nih aku ngh tgk gang starz..Akhir nih..so tgk jer la..on9 jer..sbb abg aku ngh layan CSI..dier pon xminta mnda2 cmnih..wat abes masa jer..aku pon xder la lyn sgt..just nk tgk yg akhir nh jer..kite tggu jer la sape mng nih..wokeh jumpe sok..aku nk layan Gang Startz nih..ok..daaa

Saturday, August 23, 2008

C.I.N.T.A

"Bila hati sudah cinta Allah,
kita akan menjadi lebih cinta kpd org lain.
Dan bila kita sudah cinta kpd org lain,
org lain pun akan cinta kpd kita"




"Wahai org yg lembut hatinya,
sudah lama ku selalu mengecap pahit,
kalam oleh penderitaanku.
Aku tiada siapa pun kecuali Allah dihatiku.
Tapi kau datang dgn cahaya,
aku ingin menjadi halal bagimu.
Yang kau kucup keningnya dan kau
hapus airmatanya..."
"seindahiasan". Powered by Blogger.