RSS

Sunday, May 10, 2009

HARI IBU...

Aku sedang melihat mak aku menghirup mee sup..dan harinih adalah "HARI IBU"..aku tk wish lagi kt mak aku..tp aku rasela kn tk perlu tggu hari nih untuk menyambut hari Ibu..Sepatutnyer tiap2 hari kite perlu menymbut hari Ibu nih..Cube kenang kembali pengorbanan Ibu kita.Dier telah melahirkan kite, dier telah manjaga kite..Tak terhitung pengorbanan yg dilakukan kpd kite..dalam hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh imam al-bahari daripada abu hurairah r.a menceritakan bahawa baginda nabi s.a.w telah didatangi oleh seorang lelaki lalu bertanya kepada baginda s.a.w yang bermaksud:

"Siapakah orang yang patut aku berbuat baik?. Rasulullah s.a.w menjawab IBU mu. Kemudian siapa lagi?, IBU mu.Kemudian siapa lagi?,IBU mu.Kemudian siapa lagi?, BAPA mu,kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya."

Berdasarkan hadis ini menunjukkan kelebihan seorang ibu berbanding ayah dengan tidak menafikan kemuliaan seorang ayah.Oleh itu,kita berbicara tentang ibu sebagai tanda besarnya pengorbanan ibu, yang perlu diletakkan di tempat yang sewajarnya. Apabila kita berbicara tentang ibu,kita tidak boleh lari dari hukum yang telah jelas dalam al-Quran iaitu betapa pentingnya untuk setiap manusia berbuat baik dan berkata baik kepada para ibu. Perkataan yang sedikit pun jika ia menyakiti hati ibu,sudah dianggap melakukan dosa besar,apatah lagi dosa bagi mereka yang tergamak melakukan kekerasan,ugutan dan kezaliman kepada para ibu.Lihatlah, betapa islam begitu tegas dalam soal menjaga hubungan dan memelihara ibu.Ini telah dijelaskan dalam firman allah s.w.t:

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata,dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkat kepada mereka(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "AH", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".

Persoalanyang harus kita jawab adakah kita prihatin dan merasakan betapa pentingnya kehadiran ibu kita?. Prihatinkah kita terhadap nasib ibu kita sekarang?. Kerapkah kita menghubungi ibu untuk bertanyakan khabar dan kesihatan mereka?. Berapakah nilai sumbangan yang telah kita hulurkan kepada kedua ibu bapa kita sebagai menghargai
pengorbanan mereka?. Walaupun banyak lagi persoalan yang boleh kita timbulkan,namun inilah soalan asas yang perlu kita tanya kepada diri kita sendiri.Persoalan ini harus kita jawab secara jujur dan ikhlas.

Rasenya da cukup pnjng lebar penerangan tentang ibu..So kita sbgai ank haruslah sentiasa berbuat baik dan berbakti kpd ibu bapa..Tanpa mereka kita tkkan wujud di muka bumi Allah ini..Kepada sesiapa yang merasakan dirinya berdosa kpd ibu bapa mereka, haruslah cpt2 meminta ampun maaf kepda mereka..Kita tidak tahu berapa lame umur kita, berapa lame umur ibu bapa kita..Setiap detik dosa yang kite lakukan kpd ibu bapa adalah satu dosa yang amat besar..Berikan yang terbaik untuk mereka..

Nih aku share ckit video detik kelahiran kite kt dunia nih..betapa sakit dan peritnya ibu kite melahirkan kita.hayati bersama2..




Kat bawh ni lak lagu2 ibu..
Odei Anak - Raihan
Anak Soleh - Aeman
"seindahiasan". Powered by Blogger.