RSS

Tuesday, September 16, 2008

916

916 yg dinantikan oleh seluruh rakyat di Malaysia. 916 akan menentukan siapa yang akan mengambil alih pucuk pimpinan di Malaysia.916 mungkin akan mencipta sejarah..Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambil alih dan andaiannya adalah Anwar akan menjadi Perdana Menteri.Majoriti berita, melaporkan dakwaan Anwar bahawa dia sudah mempunyai bilangan Ahli Dewan Rakyat yang mencukupi untuk mengambil alih daripada BN.

Bagi aku la, jika plan asal 916 tidak berjaya insya-Allah ada tarikh lain. Perkembangan positif just tunggu pengumuman DSAI pada hari ini. Kalu betul 916 nih berjya, alhamdulillah..
Rakyat mahukan perubahan..Perubahan yg boleh menguntungkan rakyat dan negara..
Bkn hanya sebelah pihak sahaja. Tp sebelum ambil alih kerajaan kene ade la prosedur nyer dlu.
Bkn sng2 jer nk ambik alih.. Ini garis panduannyer:

1) Mendapat kepastian bahawa sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen berhijrah masuk PR
2) Mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan proses peralihan kuasa dengan aman, licin dan teratur.
3) Mengadap Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong menyembahkan situasi sebenar selepas PR mendapat majoriti sokongan ahli-ahli parlimen.
4) Perdana Menteri meletakkan jawatan.
5) Mendapat perkenan Tuanku Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong untuk membentuk kerajaan

Ini ade serba sedikit petikan dari akhbar2 kt malaysia nih

Malaysiakini memetik: Anwar sebagai berkata bahawa 16 Sept. Adalah hari penentu -- D-day – dan beliau sudah bersedia untuk menubuhkan kerajaan.

The Star Online memetik: Anwar sebagai berkata bahawa PR sudah bersedia menubuhkan kerajaan dan akan mengumumkannya siang nanti.

Bernama memetik: Abdullah sebagai menyangkal dakwaan Anwar itu dan menyifatkannya sebagai mengacau dan tidak masuk akal.

Bagi aku, kita tunggu sahajalah apa akan jadi seterusnya. Seperti yang aku tulis kt atas td tak dapat 916 ada lagi tarikh lain yang pasti dalam tempoh yang terdekat, angin perubahan politik akan melanda di Malaysia...Antara realiti dan fantasi..Klu kebenaran ditangan kita, insyaAllah kejayaan akan milik Pakatan Rakyat..Yang penting befikiran secara positif dan sentiasa kekalkan keamanan di Malaysia ini..

0 comments:

"seindahiasan". Powered by Blogger.