RSS

Friday, December 10, 2010

hati2 yang tenang..

Asslamualaikum...

Sudah lama diri ini tidak mencoretkan kata-kata mahupun penulisan yang bermanfaat disini..mungkin ketandusan idea untuk berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan di luar sana..Ilmu yang ditimba selama ini tidak memadai untuk kita berkongsi manfaat bersama-sama..tidak bermakna diri ini kedekut dalam perkongsian ilmu..ttp mgkn masa dan keadaan yang tidak mengizinkan..

terlebih dahulu, tidak terlambat untuk saya mengucapakn Salam MAAL HIJRAH 1432H. moga perkenalan kita dengn tahun 1432H memberi sejuta penghargaan kpd diri kita yang masih gagal dalam melaksanakan sesuatu yang mngkin dpat diterima oleh hati dan minda. cuba renungkan kembali pahit getir Rasulullah dan para sahabat dalam menyebarkan dan menegak syiar Islam. Mampukah kita hanya mendengar shaja sejarah tersebut dalam membiarkan seperti angin lalu.

Monday, August 2, 2010

titisan air mata....


Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR
katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN
’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN
& CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU dan MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Renungkan lah bahawa “Betapa BERHARGAnya seorang ISTERI”…

Wednesday, July 28, 2010

harini perasaan semakin bercampur baur..sedih paling utama..kenapa dan mengapa??masih lagi berlegar2 di fikiran ini. .jika kembali semula kepada Allah pasti akan ketemu jalan penyelesaianyer.yang penting kita sudah mencuba. Hanya Allah yang menentukan takdir hambanya..Ya Allah berikan aku ketabahan dan keredhaanMu..aku amat memerlukannya..

Sunday, July 25, 2010

makan tengah hari...


erm..baru selesai menghabiskan masakan untuk hari ini..resipi tgh hari ini ikan bawal sweet sour + sayur cmpur= sedap@tak sedap..ngeee..ntahla masakan aku harini..kalu sedap takper..kalu xsedap menjadi masalah lak..nampak sgt lah aku tk pandai masaknyer..umur dah makin meningkat masakan tetaplah cmtuh..nape org lain pndai masak yer..sape2 tolong diri ini belajar masak..aku memerlukannye..ngeee... sok pagi dah nak gerak..terus melancong..hehehe..yolah tuh..mencari kedamaian yang belum lagi ku ketemu..

di malam hari..

aku baru jer menghabiskan cerita The Bone Collector..Movie thriller di TV2. ok gak citer dier..besh2..tp bab2 banyak darah nih ngeri ckit la..hehe..kadang2 ade jugak yg menutup mata..dok tgk sorang2 tp ditemani oleh opah di sebelah..opah tak tgk pon..just terjaga dr tido..sbb aku kaco dier..hehe..dok tgk tv tmpat tido nyer..tp bkn selalu aku tgk tv sampai tgh malam..aku dgr org tgk tv kat atas lagi kuat..aku tgk mute jer..hehe..so feel dier biasa jer la..

Kisah dier menarik dari segi pembawakan Angelina Jolie..Mula2 xsuka..akhirnya selepas mndpt nasihat daripda yg pakar akhirnya mndapt smngt baru untuk terus menyiasat. .Movie nih lame rupenyer.tahun 1999.aku jer yg ketinggalan. hehe..xpelah..xkisah pon kan..

kalu korang nk tgk ok jugak..download la movie nih..slmt bermovie..

Thursday, July 22, 2010

bertukar

selamat Malam..

Kali ini page untuk blog ku bertukar lagi..hehehe..harap tidak membosankan..Enjoy ya

Saturday, June 26, 2010

berminggu bersama hari sabtu...


hari sabtu yg membingungkan..ermm..hari ini mahu melakukan aktiviti ape yer..dkt MATRADE ade exhibition MIHAS..start 23-27 Jun 2010. Pameran makanan halal sedunia. Kalu pergi pon besh jugak..sbg org Islam wajib mengutamakan makanan yang halal..sbb makanan ini akan menjadi darah daging kita..kalau ianya Halal alhamdulillah, kalu ianya adalah makanan yang Haram, sudah pastinya ia akan mendatangkan kemudaratan kpd kita di dunia mahupun di akhirat..so waktu kita membeli makanan hendakalah memastikan ianya adalah halal..cukuplah ia mempunyai tanda yg halal yang diperkenankan oleh JAKIM..sbb ada sesetngh mknan mendapat cop halal bukan dari JAKIM itu sendiri. bermakna makanan tersebut agak was2 dalam kehalalannya. Sekarang ini bermacam2 produk makanan di pasaraya sekarang. Ada yang Halal ada yang tidak diketahui Halal nya. Sebagai pengguna dan juga umat Islam perkara sebegini harus dititikberatkan. sebagai ibu bapa pula, kita perlu mendidik anak2 kita supaya memilih sesuatu perkara yang betul di sisi Islam. Aku pon xberapa pandai sgt nk menrangkan hal2 ini. Nak tau lebih lanjut kita kene tanya yang lebih pakar. Ustaz ker..oklah..nk teruskan hari Sabtu ini..masih dalam perancangan lagi untuk pergi ke mana..jumpe di lain waktu..

Monday, June 21, 2010

FIFA 2010


teruknyer la kene belasah 7-0..kasihan korea utara (bukan korea selatan tau)..kene belasah dgn portugal..begitulah adat bermain..ada yang kalah ada yang menang..kalu menang alhamdulillah..kalu kalah hendaklah diperbaiki lagi kelemahan yang ada..jgn hanya menanti keajaiban berlaku..
dah lame aku tak menulis di sini..sejak kekalahan Malaysia dalam Piala Thomas hinggala skrg..bkn xda mood..ada jer halangan..nk wat keje la nk masak la.macam2 la lagi...orang kata nk seribu daya xnk seribu dalihkan..hehehe..jam 9.30mlm..masih muda lagi malam ni..tetapi mata pulak yg mengantuk..xdpt la nk join tgk bola kol 10mlm nih..oklah jumpa di lain masa dan waktu..jumpa yaa..daaaa

Wednesday, May 12, 2010

badminton + makan2



assalamualaikum...skrg nih aku tgh layan badminton..antara Malaysia dan Denmark.situasi yang genting tgh berlaku.wah tak tau la Malaysia ataupun Denmark yang akan menang..Aku sgt mengharapkan Malaysia ke peringkat seterusnya. mata sekarang 2-1.Malaysia dah 2.Tapi beregu kali ini belum ada keputusan lagi..kena saksikan sampai habis..baru tau cmner result dier..berdebar2 sungguh.walaupun aku dok kt dpn laptop nih, smgt tuh membara2.dah 2 malam aku bermalam di hotel equatorial bangi. wat ape aku dok cni, sbb menemani suami tercinta..husbnd ku berkursus di agensi nuklear kt bangi nih..kalu nk ulang alik dari gombak agak kejauhan..lebih baik menyewa hotel kt cni. dari minggu lps dok cni. tp hari minggu aku pulang ke gombak..

Malam td aku menjamu makanan di BBB tomyam..agak enak jugak..aku order tomyam+telur dadar+ayam paprik=sedap..yummy2..hehe..kalu korang sampai ke bangi leh melawat restoran ni.Kalu korang nk tau restoran ni berdekatan dgn surau An-Nur bangi.Sebelum jumpe surau, korang akan nmpk restoran nih di sebelah kiri.Kalau tk tau surau tu, mark lain pusat perubatan Ustaz harun Din..dkt lah tuh..

Nampaknya keputusan beregu kali ini dah nk tau result. Malaysia 19 denmark 20..1 mata lagi..takutnya lah..Keputusan dah tau..Denmark menang...dua sama..so Haffiz Hashim kene menangkn game nih.wah susah gak tuh.
tggu untuk game seterusnya..leh la nk mkn yogurt+koko krunch dlu..oklah stop sini dlu..nk mkn..yummy2..daaa

Sunday, May 9, 2010

Mengundi..


Baru sekejap tadi menonton Mentor kt TV3..nmpaknyer pencarian artis di bumi bertuah ini makin menjadi-jadi. Mcm cendawan tumbuh selepas hujan.Ade jer rancangn2 realiti baru tersiar kt TV nih.pastu satu, satu tumbuh..ishk3 apa pendapat korang mengenai hal ini..?adakah ianya baik atau pun tidak..susah la nk jawab..satu lagi bab2 mengundi nih. ramai betoila yg mengundi. sbb tuh rancangn cmnih menjadi2..adanye pengundi seperti ini la semakin ramai artis kt negara ni. Aku ni nk komen pon xder la pndai sgt..nk kate kongsi pendapat kt blog nih jer.

Firman Allah swt dalam surah al-Maidah ayat : 2

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان واتقوا الله إن الله شديد العقاب

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.”


Ayat di atas jelas memberitahu kita bahawa , mengundi calon yang menjadi penyumbang kepada perbuatan maksiat adalah dikatakan sebagai menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran kepada Allah swt.Ini kerana program tersebut jelas telah menyimpang daripada landasan yang dibenarkan syarak.Sungguhpun perkara nyanyian adalah perkara yang diperselisihkan hukumnya dikalangan Ulama, namun kaedah dan cara program tersebut dikendalikan adalah sebab utama yang menyumbang kepada hukum haramnya program tersebut.Setiap perbuatan atau perlakuan yang menyumbang kepada perluasan dan penyebaran perkara-perkara yang ditegah dalam agama , maka hukum melakukannya juga adalah dilarang sama sekali..(dipetik dari disini)

tapi kalu mengundi untuk memilih calon bertanding untuk menjadikan ketua, lain pula. nnt aku kongsi kt entri yg akan dtg ok. Mata pon dah ngntuk nih. bateri laptop pon dah makin kong. maknanyer dier suruh aku berhenti menaip.hihi..oklah..jumpe di lain mase..

Saturday, May 8, 2010

blog ooo...blog

sudah lame tak mengemaskini blog..cewah..ayat bahasa melayu betol..=> erm..harinih aku tk wat aper2 kije.so waktu ni la aku mengupgrade blog nih..usang jer..skrg aku rasa dah ok ckit.ceria gitu..betol tak..ijau fav. color aku. so aku kene la apply kn kt blog nih. baru lah org tau aku minat color ijau. agak susah gak nk upgrade blog nih. dah lupe step dier. sbb dah lame tk bukak. sekarang nih aku ngah menemani (ayat b.melayu yang betul) husbnd ku stdy. erm..tebal jugak bukunyer..pasal radioaktif. cm susah jer bunyinyer. tp kalau dah belajar xder susah kot. aku tgk ade logarithm..cm math gak lah. aku nih mmg la amik course math. tp bab logarithm nih aku tk bper nk minat sgt (bkn tk pndai ok..hehe). . so aku leh la tulun2 husbnd aku kalu memerlukan..cewah cm cekgu lak.. sekarang dah jam 9.00mlm..TV3 ade cite majalah 3. aku nk tggu kol 10mlm nk tgk carekarama. Serapuh Arang..skrg nih tertengok AF8 lak..bkn nk tgk sgt. dah xder citer laen..layan jer la. saya tidak mengundi maner2 pelajar..Harap Maklum ok..heehe..ckp pasal mengundi byk maksudnyer. ada kelapangan nnt aku ceritakan di post yg akan dtg ok...

Tuesday, March 9, 2010

bila hati sudah terpaut


erm..memandangkan bidang pekerjaan pada zaman ini agak sukar dicari byk rakan2 di luar sana bergiat dalam bidang perguruan..kalu dikutkan mmg seronok sekali apabila dipnggil untuk menjadi seorang guru.melayan pelbagai ragam murid di sekolah. kalu diikutkan pada mulanya bidang perguruan adalah 2nd choice kerana menjadi seorang pegawai adalah lebih baik..itupun dr segi gajinyer..tp org kate bile kite telah masuk ke alam yg baru, pemikiran dan pandangan kita akan berbeza..Bila hati sudah terpaut sudah pastinyer akan selamanya kekal..InsyaAllah..

Rakan2 ku sekuliah dulu kebnykknnyer semua akan bergelar seorang GURU..Mawardi sudah lama dinobatkan sebagai guru MARA di Langkawi..Rafeah,Razlina dan Bakri bakal dinaikkn pngkat sbg seorg guru untuk beberapa bulan lagi..Lagi seorang Rosli akan bergelar LECTURE mungkin dalam 1 tahun lagi..5org rakan ku semuanyer akan menjadi pendidik kepada mereka yang inginkn kejayaan di alam persekolah atau di alam pengajian tinggi..Aku mmg tumpng seronok untuk mereka..Orang kate rezeki masing2. Rezeki manusia itu sudah tertulis sejak azali..Yang penting kita sebagai hambaNya hendaklah berusaha kearah itu. Kalau sudah tertulis suatu hari nnt kite akan berjaya tetapi manusia itu sendiri itu tidak inginknnya, pasti Allah akan menarik semula pemberianNya..Harap kita bukan dikalangan mereka yang sesat..sebagai seorang sahabat semua inginkn sahabatnya berjaya di dunia dan akhirat. begitu juga dgn aku. kalau boleh aku ingin sgt kongsi kegembiraan tersebut bersama-sama seperti dahulu. kalau dikenang kembali mmg seronok..

Entahla tiba2 hati ini sedih sgt.mengenang memori bersama teman2 sekuliah.semuanye sekarng menempa kejayaan masing2. Aku??aku masih lagi terkapai2 dalam mencari pekerjaan.dari satu borang ke satu borang aku menulis.dari satu peti pos ke peti pos yg laen aku menghntr surat. tetapi kebanyakknyer masih lagi dalam keraguan..tiada jawapan.aku bukan mengeluh..tetapi kadang2 hati dan perasaan tidak tahu nk diluahkn kepada siapa..cuma disni shj ruangan aku melepaskn segala pahit manis aku..aku percaya dgn takdir Allah..setiap yg bernyawa Allah telah tetntukan rezekinye.cepat atau lambat sahaja.Aku yakin dengan usaha dan tawakal kepada Allah, InsyaAllah aku juga berjaya sebagaimana rakan2 di sana..Nantikan kehadiranku untuk menempa nama disamping teman2...Teman2 doakn aku berjaya dunia dan akhirat..

Tuesday, March 2, 2010

kembali kepada Allah..



hari ini cerah seperti biasa..Mentari telah muncul di pagi hari..Sungguh indah dan mendamaikan hati..Kalau dibayangkan bagaimana jika bumi ini ketiadaaan mentari. sudah semestinya dunia di kacau bilau, hiruk pikuk kerana cahaya itu telah hilang. Sanggupkah kita hidup dalam kegelapan. Ingin bergantung pada cahaya lampu sahaja? Semestinya tidak akan tahan lama manusia itu. Lampu dan mentari adalah jauh sekali bezanya. Mampukah kita menandingi ciptaan Allah S.W.T. yang tiada siapa tahu kewujudannya. MasyaAllah hanya Allah S.W.T. shj yang Mengetahui segala-galanya yang ada dibumi dan alam semester.

Hari ini ramai yang mengutarakan kenapakah bumi ini semakin hari semakin panas. Kebakaran hutan semakin menjadi-jadi. Adakah ini kesilapan Allah menjadikan sesuatu itu. Jawapanya TIDAK SAMA SEKALI..kepanasan di bumi ini adalah berpunca daripada manusia itu sendiri. Mereka tidak pernah bersyukur apa yang telah Allah kurniakan. Malah ada sesetengahnya hilang pertimbangan sanggup menghancurkan lagi bumi yang indah ini. Penebangan hutan yang berleluasa atas dasar ingin mengaut keuntungan sendiri akhirnya musnah ditelan kepanasan. Pembakaran sampah secara terbuka, penggunaan kenderaan yg menyebabkan pengeluaran asap, kilang2 yng tiada penapisan asap adalah faktor terjadinya pemansan global di muka bumi ini. SALAH siapa..??Cuba anda tanya diri sendiri. Kemana halatuju kita jika manusia itu sering tamak haloba dalam mengejar kekayaan dunia yg hanya sementara..Marilah sama2 kita kembali ke jalan Allah S.W.T. itulah dasar yang paling utama. Jika manusia dan umat Islam bersatu dalam hal seperti ini InsyaAllah bumi ini masih lagi dapat diselamatkan.Yang penting adalah kembali kepada ALLAH..

Sudah jauh aku mencatit di lembaran baru pada kali ini. Bukan apa hanya berkongsi pendapat untuk semua kawan2 di luar sana. Sekarang ini aku nk kongsi lagu kegemaran pada saat ini. Kalau siapa berkenan boleh mendownload..Liriknya boleh di jadikan sebagai rujukan kita. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan..Sama-samalah kita renungkan.InsyaAllah membawa keberkatan.Lagu ini dinyanyikn oleh Maher Zain.

"seindahiasan". Powered by Blogger.