RSS

Tuesday, October 14, 2008

Lagi Pembaziran Yang Di Bawa Oleh Kerajaan Ali Rustam - Malaysiakini

Sebelum ini Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka juga sudah membangkitkan isu ini dan cerita ini juga ada dimuatkan didalam blog jasindaily. Kini Blogger Angkasanuri pula mengeluarkan pandangan yang sama....jadi lu fikirla sendiri....

Eye On Malaysia yang sebelum ini di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Eye On Malaysia yang sebelum ini beroperasi di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur kini sedang rancak dipasang di Bandar Hilir Melaka dan dijangka mula beroperasi pada 18 Oktober ini.

Apa yang menjadi persoalan, siapakah yang terpaksa menanggung semua kos yang berkaitan dengan pemindahan Eye On Malaysia dari Kuala Lumpur ke Melaka ? Bagaimana pula dengan nasib Menara Taming Sari yang bernilai RM 26 juta yang juga terdapat di Bandar Hilir Melaka iaitu hanya beberapa ratus meter dari tapak Eye On Malaysia yang sedang dipasang. Secara logiknya, pelancong dari dalam dan luar akan memilih salah satu daripadanya kerana kos menaikinya yang mahal.Kadar Menara Taming Sari ialah RM 20 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak manakala untuk Eye On Malaysia ialah RM 18 untuk dewasa dan RM 9 untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Lagipun kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk melihat pemandangan menarik sekitar Bandar Hilir dan Bandaraya Melaka.

Jumlah pengunjung yang menaiki Menara Taming Sari yang ada sekarang ini pun dah mula merosot.Jika tak percaya anda boleh memerhatikan sendiri apabila berkunjung ke Bandar Hilir. Malah pada hari-hari biasa kecuali hujung minggu Menara Taming Sari ini seakan-akan tidak berfungsi kerana terlalu kurang mendapat sambutan. Awal-awal dulu memang le ramai.

Satu perkara lagi, apa perlunya Eye On Malaysia di Melaka bukankah Melaka sudah mempunyai Eye On Melaka di tepi sungai Melaka?

Eye On Melaka

Selain Eye On Malaysia, sebuah Skrin Air Terbesar di dunia dan 'aerospace dome' yang bernilai RM 43 juta yang sedang dalam pembinaan di tempat yang berhampiran.

Ini semua menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang seolah-olah tidak mengambil pengajaran daripada kegagalan projek-projek mega di Melaka sebelum ini yang akhirnya menjadi projek gajah putih. Di antaranya ialah projek Pulau Melaka yang bernilai bilion ringgit yang kini menjadi sarang maksiat dan tempat melepas gian penagih dadah. Ali Rustam juga tidak mengambil ikhtibar daripada kegagalan projek 'Suara dan Bunyi' yang bernilai jutaan ringgit yang sekarang tanpa suara dan bunyi kini semakin sunyi sepi.

sumber : Angkasanuri

4 comments:

Mohd. Haizad said...

beb..baik ko ubah cpat artikel ko tu.. salah fakta tu.. eye on malaysia yg kt tasek titiwangsa lain dgn yang kat melaka.. yg kt titiwangsa besa.. yg kt melaka kecik je aku tgk.. so tak melibatkan kos perpindahan dr tasik titiwangsa ke melaka..

Anonymous said...

jangan main baling bola api beb... jangan kena saman.. salah fakta... biar ada bukti sebelum menulis blog...

- rUsSeLLy HaMeEd - said...

apahal lak ko ni..
cube la pahamkan artikel tu..
mmg la dh ade eye on melaka..tp tu kt tepi sungai melaka.
skang ni diorang nk bwk lg eye on malaysia kt bandar hilir.

Niza Lisa said...

assalamualaikum, salam kenal,
biar betul ya syg, facts dlm afticle tu seems to be inaccurate.
thanks..

"seindahiasan". Powered by Blogger.