RSS

Sunday, May 9, 2010

Mengundi..


Baru sekejap tadi menonton Mentor kt TV3..nmpaknyer pencarian artis di bumi bertuah ini makin menjadi-jadi. Mcm cendawan tumbuh selepas hujan.Ade jer rancangn2 realiti baru tersiar kt TV nih.pastu satu, satu tumbuh..ishk3 apa pendapat korang mengenai hal ini..?adakah ianya baik atau pun tidak..susah la nk jawab..satu lagi bab2 mengundi nih. ramai betoila yg mengundi. sbb tuh rancangn cmnih menjadi2..adanye pengundi seperti ini la semakin ramai artis kt negara ni. Aku ni nk komen pon xder la pndai sgt..nk kate kongsi pendapat kt blog nih jer.

Firman Allah swt dalam surah al-Maidah ayat : 2

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان واتقوا الله إن الله شديد العقاب

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.”


Ayat di atas jelas memberitahu kita bahawa , mengundi calon yang menjadi penyumbang kepada perbuatan maksiat adalah dikatakan sebagai menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran kepada Allah swt.Ini kerana program tersebut jelas telah menyimpang daripada landasan yang dibenarkan syarak.Sungguhpun perkara nyanyian adalah perkara yang diperselisihkan hukumnya dikalangan Ulama, namun kaedah dan cara program tersebut dikendalikan adalah sebab utama yang menyumbang kepada hukum haramnya program tersebut.Setiap perbuatan atau perlakuan yang menyumbang kepada perluasan dan penyebaran perkara-perkara yang ditegah dalam agama , maka hukum melakukannya juga adalah dilarang sama sekali..(dipetik dari disini)

tapi kalu mengundi untuk memilih calon bertanding untuk menjadikan ketua, lain pula. nnt aku kongsi kt entri yg akan dtg ok. Mata pon dah ngntuk nih. bateri laptop pon dah makin kong. maknanyer dier suruh aku berhenti menaip.hihi..oklah..jumpe di lain mase..

Saturday, May 8, 2010

blog ooo...blog

sudah lame tak mengemaskini blog..cewah..ayat bahasa melayu betol..=> erm..harinih aku tk wat aper2 kije.so waktu ni la aku mengupgrade blog nih..usang jer..skrg aku rasa dah ok ckit.ceria gitu..betol tak..ijau fav. color aku. so aku kene la apply kn kt blog nih. baru lah org tau aku minat color ijau. agak susah gak nk upgrade blog nih. dah lupe step dier. sbb dah lame tk bukak. sekarang nih aku ngah menemani (ayat b.melayu yang betul) husbnd ku stdy. erm..tebal jugak bukunyer..pasal radioaktif. cm susah jer bunyinyer. tp kalau dah belajar xder susah kot. aku tgk ade logarithm..cm math gak lah. aku nih mmg la amik course math. tp bab logarithm nih aku tk bper nk minat sgt (bkn tk pndai ok..hehe). . so aku leh la tulun2 husbnd aku kalu memerlukan..cewah cm cekgu lak.. sekarang dah jam 9.00mlm..TV3 ade cite majalah 3. aku nk tggu kol 10mlm nk tgk carekarama. Serapuh Arang..skrg nih tertengok AF8 lak..bkn nk tgk sgt. dah xder citer laen..layan jer la. saya tidak mengundi maner2 pelajar..Harap Maklum ok..heehe..ckp pasal mengundi byk maksudnyer. ada kelapangan nnt aku ceritakan di post yg akan dtg ok...

Tuesday, March 9, 2010

bila hati sudah terpaut


erm..memandangkan bidang pekerjaan pada zaman ini agak sukar dicari byk rakan2 di luar sana bergiat dalam bidang perguruan..kalu dikutkan mmg seronok sekali apabila dipnggil untuk menjadi seorang guru.melayan pelbagai ragam murid di sekolah. kalu diikutkan pada mulanya bidang perguruan adalah 2nd choice kerana menjadi seorang pegawai adalah lebih baik..itupun dr segi gajinyer..tp org kate bile kite telah masuk ke alam yg baru, pemikiran dan pandangan kita akan berbeza..Bila hati sudah terpaut sudah pastinyer akan selamanya kekal..InsyaAllah..

Rakan2 ku sekuliah dulu kebnykknnyer semua akan bergelar seorang GURU..Mawardi sudah lama dinobatkan sebagai guru MARA di Langkawi..Rafeah,Razlina dan Bakri bakal dinaikkn pngkat sbg seorg guru untuk beberapa bulan lagi..Lagi seorang Rosli akan bergelar LECTURE mungkin dalam 1 tahun lagi..5org rakan ku semuanyer akan menjadi pendidik kepada mereka yang inginkn kejayaan di alam persekolah atau di alam pengajian tinggi..Aku mmg tumpng seronok untuk mereka..Orang kate rezeki masing2. Rezeki manusia itu sudah tertulis sejak azali..Yang penting kita sebagai hambaNya hendaklah berusaha kearah itu. Kalau sudah tertulis suatu hari nnt kite akan berjaya tetapi manusia itu sendiri itu tidak inginknnya, pasti Allah akan menarik semula pemberianNya..Harap kita bukan dikalangan mereka yang sesat..sebagai seorang sahabat semua inginkn sahabatnya berjaya di dunia dan akhirat. begitu juga dgn aku. kalau boleh aku ingin sgt kongsi kegembiraan tersebut bersama-sama seperti dahulu. kalau dikenang kembali mmg seronok..

Entahla tiba2 hati ini sedih sgt.mengenang memori bersama teman2 sekuliah.semuanye sekarng menempa kejayaan masing2. Aku??aku masih lagi terkapai2 dalam mencari pekerjaan.dari satu borang ke satu borang aku menulis.dari satu peti pos ke peti pos yg laen aku menghntr surat. tetapi kebanyakknyer masih lagi dalam keraguan..tiada jawapan.aku bukan mengeluh..tetapi kadang2 hati dan perasaan tidak tahu nk diluahkn kepada siapa..cuma disni shj ruangan aku melepaskn segala pahit manis aku..aku percaya dgn takdir Allah..setiap yg bernyawa Allah telah tetntukan rezekinye.cepat atau lambat sahaja.Aku yakin dengan usaha dan tawakal kepada Allah, InsyaAllah aku juga berjaya sebagaimana rakan2 di sana..Nantikan kehadiranku untuk menempa nama disamping teman2...Teman2 doakn aku berjaya dunia dan akhirat..

Tuesday, March 2, 2010

kembali kepada Allah..



hari ini cerah seperti biasa..Mentari telah muncul di pagi hari..Sungguh indah dan mendamaikan hati..Kalau dibayangkan bagaimana jika bumi ini ketiadaaan mentari. sudah semestinya dunia di kacau bilau, hiruk pikuk kerana cahaya itu telah hilang. Sanggupkah kita hidup dalam kegelapan. Ingin bergantung pada cahaya lampu sahaja? Semestinya tidak akan tahan lama manusia itu. Lampu dan mentari adalah jauh sekali bezanya. Mampukah kita menandingi ciptaan Allah S.W.T. yang tiada siapa tahu kewujudannya. MasyaAllah hanya Allah S.W.T. shj yang Mengetahui segala-galanya yang ada dibumi dan alam semester.

Hari ini ramai yang mengutarakan kenapakah bumi ini semakin hari semakin panas. Kebakaran hutan semakin menjadi-jadi. Adakah ini kesilapan Allah menjadikan sesuatu itu. Jawapanya TIDAK SAMA SEKALI..kepanasan di bumi ini adalah berpunca daripada manusia itu sendiri. Mereka tidak pernah bersyukur apa yang telah Allah kurniakan. Malah ada sesetengahnya hilang pertimbangan sanggup menghancurkan lagi bumi yang indah ini. Penebangan hutan yang berleluasa atas dasar ingin mengaut keuntungan sendiri akhirnya musnah ditelan kepanasan. Pembakaran sampah secara terbuka, penggunaan kenderaan yg menyebabkan pengeluaran asap, kilang2 yng tiada penapisan asap adalah faktor terjadinya pemansan global di muka bumi ini. SALAH siapa..??Cuba anda tanya diri sendiri. Kemana halatuju kita jika manusia itu sering tamak haloba dalam mengejar kekayaan dunia yg hanya sementara..Marilah sama2 kita kembali ke jalan Allah S.W.T. itulah dasar yang paling utama. Jika manusia dan umat Islam bersatu dalam hal seperti ini InsyaAllah bumi ini masih lagi dapat diselamatkan.Yang penting adalah kembali kepada ALLAH..

Sudah jauh aku mencatit di lembaran baru pada kali ini. Bukan apa hanya berkongsi pendapat untuk semua kawan2 di luar sana. Sekarang ini aku nk kongsi lagu kegemaran pada saat ini. Kalau siapa berkenan boleh mendownload..Liriknya boleh di jadikan sebagai rujukan kita. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan..Sama-samalah kita renungkan.InsyaAllah membawa keberkatan.Lagu ini dinyanyikn oleh Maher Zain.

Saturday, December 26, 2009

Pemakanan Sunnah


Untuk minggu nih tiap2 hari aku mendengar radio IKIM yang mengutarakan tentang makanan Sunnah. Pemakanan Sunnah adalah makanan berkhasiat yng diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda masih hidup. Kalau nk diikutkan pelbagai jenis produk yang halal lagi berkhasiat sertakan berasaskan Sunnah yang telah wujud di bumi Malaysia ini. Hanya kite yang masih terkapai2 mencari dimanakah terletaknya makanan sunnah tersebut.

Secara fizikalnya, tahukah kite ttg makanan Sunnah tersebut?8 makanan Sunnah yang baik untuk kesihatan adalah seperti KISMIS, KURMA MADU, KURMA AJWAH, MADU, BUAH TIIN, MINYAK ZAITUN, ZA’FARAN, HABBATUS SAUDA’. Satu lagi, kalu ingin mencari makanan sunnah adalah makanan yag dibuat oleh orang yng mempunyai kalimah "Lailahaillah Muhammadul Rasulullah"..

Kalau mereka di luar sana masih tertanya apakah makanan sunnnah, sila lah ke blog ni http://allahmatlamatku.blogspot.com/2009/03/dalil-dalil-dan-kajian-pemakanan-sunnah.html untuk mengetahui lebih details lgi khasiat makanan sunnah ini. Kalau diamalkan selalu Insyaallah hidup kita akan bertambah sihat serta mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Sunday, December 13, 2009

ketika cinta bertasbih (KCB),,,


"Ketika cinta bertasbih" adalah fav movie aku wat masa ini..tapi aku agak terkilan sbb xdapt tgk untuk episod 2..aku baru tamat tgk episod 1.tak sabo nk tgk yang episod 2..mesti lagi menarik.. biar aku cerita kn serba sedikit sinopsis untuk cerita ini..supaya kalian pon terasa untuk menonton nyer..


Abdullah Khairul Azzam pemuda tampan dan cerdas dari sebuah desa di Jawa Tengah. Dari kecil, Azzam sudah terlihat sebagai anak yang sangat baik budi pekertinya.Ayahnya meninggal dunia ketika dia berada setahun di Cairo. Sebagai anak tertua Azzam harus bertanggung jawab atas kehidupan keluarganya. Akhirnya dia mulai membahagi waktu untuk belajar dan mencari nafkah. Ia mulai membuat tempe dan bakso di Cairo. Berkat keahlian dan keuletannya dalam memasak, Azzam menjadi populer dan dekat dengan kalangan staf KBRI di Cairo. Tapi kuliah Azzam tidak tamat sehingga menjangkau 9 tahun dia di Cairo.

Akhirnya dia dipertemukan dgn dengan Puteri Duta Besar, Eliana Pramesthi Alam. Eliana adalah lulusan EHESS Perancis yang melanjutkan S-2 nya di American University in Cairo. Selain cerdas, Eliana juga terkenal di kalangan mahasiswa karena kecantikannya. Pada waktu itu jugaklah Azzam menaruh hati pada Eliana. Tetapi Azzam enggan menjalin hubungan lebih dekat dengan Eliana, karena selain sifat dan kehidupannya yang sedikit berlainan dengan Azzam.

Apa yang dikatakan Pak Ali cukup terngiang-ngiang di benaknya, bahwa ada seorang gadis yang lebih sesuai untuk Azzam. Azzam disarankan mengkhitbah (melamar) seorang mahasiswa cantik yang tak kalah cerdasnya dengan Eliana. Dia bernama Anna Althafunnisa, yang juga menguasai bahasa Inggris, Arab dan Mandarin. Menurut Pak Ali, kelebihan Anna dari Eliana adalah bahwa Anna memakai jilbab dan sholehah, bapaknya seorang Kiai Pesantren bernama Kiai Luthfi Hakim.

Ada keinginan Khaerul Azzam untuk menghkhitbah Anna walaupun ia belum pernah bertemu atau melihat Anna. Dengan niat penuh dia pun datang ke ustadz Mujab pakcik kepada Anna untuk mengkhitbah Anna Althafunnisa. Tapi ternyata lamaran itu ditolak atas dasar status. Karena S-1 Azzam yang tidak juga selesai, dan lebih dikenal karena jualan tempe dan bakso. Selain itu, Anna telah dikhitbah lebih dulu oleh seseorang iaitu Furqon, sahabat Azzam yang juga mahasiswa dari keluarga kaya yang juga cerdas. Tetapi kemudian Furqon mendapat musibah yang sangat menghancurkan harapan-harapan hidupnya. Hal tersebut membuatnya menghadapi dilemma antara ia harus tetap menikahi Anna yang telah dikhitbahnya, tetapi itu juga sekaligus akan dapat menghancurkan hidup Anna.

Sementara itu Ayyatul Husna, adik Azzam yang sering mengirim berita dari kampung, membawa kabar yang cukup meringankan hati Azzam. Agar Azzam tidak perlu lagi mengirim wang ke kampung dan harus menyelesaikan kuliahnya. Karana Husna sudah bekerja sebagai Psikolog. Keahlian Husna dalam menulis sudah membuahkan hasil. Azzam yang sudah sangat rindu dengan keluarganya memutuskan untuk serius dalam belajar, hingga akhirnya lulus. Azzam pun menepati janjinya ke keluarganya untuk kembali ke kampong dan segera mencari jodoh di sana, memenuhi amanat ibunya. Walaupun sebenarnya masih terbit sedikit harapan untuk tetap mendapatkan hati Anna.

Oklah takat tuh kau cite kn sinopsis nyer..nnt korang kenelah tgk..besh sgt tau..dah kalah cita Ayat-ayat Cinta..Satu lagi penggmbran dier mmg tol2 buat kt Mesir..lagilah tambah feel nk menghayatinya..

"Ketika Cinta Bertasbih seolah-olah menggambarkan cinta itu ada nyawa untuk hidup dan membantu sekalian manusia dalam menyelusuri kehidupan penuh dugaan ini. Cinta bertasbih bukan cinta yang biasa. Pengertian bertasbih sudah memberikan pengertian jelas apakah cinta yang sebenarnya. Cinta sejati, abadi atau sebagainya jenis cinta yang sering menjadi hangat diaplikasikan ke arah cinta yang pelakunya inginkan. Pastinya bertasbih itu untuk kepentingan pelaku cinta ke arah mengharap redha Allah S.W.T. Manusia pun melakukan sedemikian untuk menjadikan kehidupan sentiasa dalam rahmat dan kesejahteraan Maha Pencipta."

Tuesday, November 17, 2009

Salam Zulkaedah 1430H..

Bulan depan bakal kita raikan Hari Raya Iduladha..InsyaAllah tarikhnya adalah pada 27November 2009 bersamaan 9 Zulhijjah 1430H..Pada bulan ini juga adalah bulan yang amat bertuah kepada para jemaah haji yang menunaikan haji di Mekah..Mungkin rezeki ku masih tiada lagi untuk menjejakkan kaki ke sana..Kepada bakal-bakal haji Selamat Menunaikan Ibadah Haji...Semoga ibadah haji mendapat rahmat dari Allah dan mendapat haji yg mabrur..Amin..

Hari ini adalah hari selasa yang begitu mendamaikan..mungkin telah tertulis bahawa harinih adalah hari yang mendamaikan untuk insan sepertiku. Tidak dapat digambarkan jika harini adalah hari bertuah ku..Jika ia nya benar aku amat bersyukur kepadaMu ya Allah...Perkenan doa hambaMu ini Ya Allah..Hanya kepadaMu sahaja tempat aku mengharap..

Sudah 3 bulan aku tidak mengupdate atau lebih jelas aku tidak mengemaskini maklumat2 di dalam blog nih..Adakah masa tidak mengizinkan aku mengupdated blog ini??mngkn benar kate org jika kita diberi masa lebih daripada 24 jam, itu belum tentu cukup untuk kita menfaatkannya secukupnya..Bak kata pepatah masa mencemburi kita..Tapi aku rase bukan masa yang mencemburi kita, tetapi kita iaitu khalifah(insan) tidak pndai mengatur masa tersebut. Padahal Allah telah mengatur segala-galanya untuk kita.24 jam terlalu cukup untuk manusia untuk melakukan semuanya..lebih2 lagi dalam bab ibadah..Semuanya telah diperuntukan..Hanya kita yang memesongkan masa tu untuk melakukan perkara2 yg tidak perlu dilakukan..Marilah sama2 kita bermuhasabah diri menilai kembali apa yang kite lakukan dalam seharian kita bekerja, berada dirumah dan sebagainya..berikan yang terbaik untuk diri sendiri..InsyaAllah masa 24 jam tersebut sgt2 bernilai kepada kita..

Minggu lepas aku telah berjumpe kembali dengan rakan sekuliah ku di UiTM S.alam..K.Lin, A.Tepert(Rosli) dan Ezad (bersama-sama ezad ialah adik perempuan dan adik lelakinya).Kalu diikutkan planning, Bakri join jugak pada hari tu..Tetapi dier terlalu excited untuk pergi interview menjadi cikgu KPLI pada hari ni, jadi Bakri tidak hadir sama..Kalau nk ikutkan K.Lin pun dapat jugak interview tp xdalah cmtuh..Sori yer Bakri..Aku yang xdapat nih mngkin leh ckp cmnih..Mungkin bukan rezekiku..Ya Allah murahkan rezekiku (pekerjaan).Kepada Bakri dan K.lin, sara doakan yang terbaik untuk korang..Tak lupa juga kepda Peah. Semoga hari esok adalah hari yang membolehkan korang menjadi cikgu untuk masa hadapan..Jadilah cikgu yang berwibawa yang dapat memimpin pelajar2 ke arah kebaikan...InsyaAllah..

Pada harituh kami berjanji untuk bermain buwling di Alamanda.Tetapi hasrat kami tidak kesampaian apabila tempat tersebut telah ditempoh untuk satu tournament..Jadi hanya makan2 di Alamanda..Kemudian destinsi seterusnya adalah Taman Botani, Putrjaya..Sampai kt sane, rupa2 nya ada event Orkid..Banyklah orkid dijual kt sane..Cntik2 semuanya..tidak sempat lak aku nk snap sekeping 2 gambar..Sebenranya bukan tidak sempat..tetapi memandangkan semua org kt ctu menggunakan kamera yang sgt canggih untuk mengmbil gambar, jadi aku hanya pendamkn shj untuk mngmbil gambar orkid2 tersebut..sudah nasib bdn..tgklah jerlah..Sbb tuh aku tidk dapt sertkan gambar2 kami kt sane..

Destinasi seterusnya adalah S.Alam..Wah udah lame tk menjejak kaki ke s.alam..S.alam byk sgt kenangan manis,pahit,suka duka..Kt ctulah tempat aku menghabiskan pengjianku dalam Degree in Mathematical Computer..banyk memori kt sane..daripada aku seorg yg sgt pemalu, menjadikn aku seorng yg pdai mengenal dan pndai berkawan..Tidak seperti aku waktu diploma..Aku byk berubah..Benar kate org tempat dan masa boleh mngubah seseorg..Aku bukan menjadi seorg yg jahat..tetapi aku menjadi org yg lebih berani..Mungkin lah kot..Entahla aku pon tak tahu..hihihi...


oklah..Nanti kita sambung di rangkaian akan datang..Ups lupe lak nk bgtau..Kawan aku ada menjual baju pasang dan selendang beserta tudung jika ada yang berminat boleh pergi ke blognya..Kat ctu ada pelbagai kain2 yang cantik.Jika berkenan silalah order..Aku hanya menolong yang mampu shj..sila lah ke blog ini http://razlina.blogspot.com/
"seindahiasan". Powered by Blogger.