RSS

Tuesday, March 2, 2010

kembali kepada Allah..



hari ini cerah seperti biasa..Mentari telah muncul di pagi hari..Sungguh indah dan mendamaikan hati..Kalau dibayangkan bagaimana jika bumi ini ketiadaaan mentari. sudah semestinya dunia di kacau bilau, hiruk pikuk kerana cahaya itu telah hilang. Sanggupkah kita hidup dalam kegelapan. Ingin bergantung pada cahaya lampu sahaja? Semestinya tidak akan tahan lama manusia itu. Lampu dan mentari adalah jauh sekali bezanya. Mampukah kita menandingi ciptaan Allah S.W.T. yang tiada siapa tahu kewujudannya. MasyaAllah hanya Allah S.W.T. shj yang Mengetahui segala-galanya yang ada dibumi dan alam semester.

Hari ini ramai yang mengutarakan kenapakah bumi ini semakin hari semakin panas. Kebakaran hutan semakin menjadi-jadi. Adakah ini kesilapan Allah menjadikan sesuatu itu. Jawapanya TIDAK SAMA SEKALI..kepanasan di bumi ini adalah berpunca daripada manusia itu sendiri. Mereka tidak pernah bersyukur apa yang telah Allah kurniakan. Malah ada sesetengahnya hilang pertimbangan sanggup menghancurkan lagi bumi yang indah ini. Penebangan hutan yang berleluasa atas dasar ingin mengaut keuntungan sendiri akhirnya musnah ditelan kepanasan. Pembakaran sampah secara terbuka, penggunaan kenderaan yg menyebabkan pengeluaran asap, kilang2 yng tiada penapisan asap adalah faktor terjadinya pemansan global di muka bumi ini. SALAH siapa..??Cuba anda tanya diri sendiri. Kemana halatuju kita jika manusia itu sering tamak haloba dalam mengejar kekayaan dunia yg hanya sementara..Marilah sama2 kita kembali ke jalan Allah S.W.T. itulah dasar yang paling utama. Jika manusia dan umat Islam bersatu dalam hal seperti ini InsyaAllah bumi ini masih lagi dapat diselamatkan.Yang penting adalah kembali kepada ALLAH..

Sudah jauh aku mencatit di lembaran baru pada kali ini. Bukan apa hanya berkongsi pendapat untuk semua kawan2 di luar sana. Sekarang ini aku nk kongsi lagu kegemaran pada saat ini. Kalau siapa berkenan boleh mendownload..Liriknya boleh di jadikan sebagai rujukan kita. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan..Sama-samalah kita renungkan.InsyaAllah membawa keberkatan.Lagu ini dinyanyikn oleh Maher Zain.

0 comments:

"seindahiasan". Powered by Blogger.