RSS

Tuesday, March 9, 2010

bila hati sudah terpaut


erm..memandangkan bidang pekerjaan pada zaman ini agak sukar dicari byk rakan2 di luar sana bergiat dalam bidang perguruan..kalu dikutkan mmg seronok sekali apabila dipnggil untuk menjadi seorang guru.melayan pelbagai ragam murid di sekolah. kalu diikutkan pada mulanya bidang perguruan adalah 2nd choice kerana menjadi seorang pegawai adalah lebih baik..itupun dr segi gajinyer..tp org kate bile kite telah masuk ke alam yg baru, pemikiran dan pandangan kita akan berbeza..Bila hati sudah terpaut sudah pastinyer akan selamanya kekal..InsyaAllah..

Rakan2 ku sekuliah dulu kebnykknnyer semua akan bergelar seorang GURU..Mawardi sudah lama dinobatkan sebagai guru MARA di Langkawi..Rafeah,Razlina dan Bakri bakal dinaikkn pngkat sbg seorg guru untuk beberapa bulan lagi..Lagi seorang Rosli akan bergelar LECTURE mungkin dalam 1 tahun lagi..5org rakan ku semuanyer akan menjadi pendidik kepada mereka yang inginkn kejayaan di alam persekolah atau di alam pengajian tinggi..Aku mmg tumpng seronok untuk mereka..Orang kate rezeki masing2. Rezeki manusia itu sudah tertulis sejak azali..Yang penting kita sebagai hambaNya hendaklah berusaha kearah itu. Kalau sudah tertulis suatu hari nnt kite akan berjaya tetapi manusia itu sendiri itu tidak inginknnya, pasti Allah akan menarik semula pemberianNya..Harap kita bukan dikalangan mereka yang sesat..sebagai seorang sahabat semua inginkn sahabatnya berjaya di dunia dan akhirat. begitu juga dgn aku. kalau boleh aku ingin sgt kongsi kegembiraan tersebut bersama-sama seperti dahulu. kalau dikenang kembali mmg seronok..

Entahla tiba2 hati ini sedih sgt.mengenang memori bersama teman2 sekuliah.semuanye sekarng menempa kejayaan masing2. Aku??aku masih lagi terkapai2 dalam mencari pekerjaan.dari satu borang ke satu borang aku menulis.dari satu peti pos ke peti pos yg laen aku menghntr surat. tetapi kebanyakknyer masih lagi dalam keraguan..tiada jawapan.aku bukan mengeluh..tetapi kadang2 hati dan perasaan tidak tahu nk diluahkn kepada siapa..cuma disni shj ruangan aku melepaskn segala pahit manis aku..aku percaya dgn takdir Allah..setiap yg bernyawa Allah telah tetntukan rezekinye.cepat atau lambat sahaja.Aku yakin dengan usaha dan tawakal kepada Allah, InsyaAllah aku juga berjaya sebagaimana rakan2 di sana..Nantikan kehadiranku untuk menempa nama disamping teman2...Teman2 doakn aku berjaya dunia dan akhirat..

Tuesday, March 2, 2010

kembali kepada Allah..



hari ini cerah seperti biasa..Mentari telah muncul di pagi hari..Sungguh indah dan mendamaikan hati..Kalau dibayangkan bagaimana jika bumi ini ketiadaaan mentari. sudah semestinya dunia di kacau bilau, hiruk pikuk kerana cahaya itu telah hilang. Sanggupkah kita hidup dalam kegelapan. Ingin bergantung pada cahaya lampu sahaja? Semestinya tidak akan tahan lama manusia itu. Lampu dan mentari adalah jauh sekali bezanya. Mampukah kita menandingi ciptaan Allah S.W.T. yang tiada siapa tahu kewujudannya. MasyaAllah hanya Allah S.W.T. shj yang Mengetahui segala-galanya yang ada dibumi dan alam semester.

Hari ini ramai yang mengutarakan kenapakah bumi ini semakin hari semakin panas. Kebakaran hutan semakin menjadi-jadi. Adakah ini kesilapan Allah menjadikan sesuatu itu. Jawapanya TIDAK SAMA SEKALI..kepanasan di bumi ini adalah berpunca daripada manusia itu sendiri. Mereka tidak pernah bersyukur apa yang telah Allah kurniakan. Malah ada sesetengahnya hilang pertimbangan sanggup menghancurkan lagi bumi yang indah ini. Penebangan hutan yang berleluasa atas dasar ingin mengaut keuntungan sendiri akhirnya musnah ditelan kepanasan. Pembakaran sampah secara terbuka, penggunaan kenderaan yg menyebabkan pengeluaran asap, kilang2 yng tiada penapisan asap adalah faktor terjadinya pemansan global di muka bumi ini. SALAH siapa..??Cuba anda tanya diri sendiri. Kemana halatuju kita jika manusia itu sering tamak haloba dalam mengejar kekayaan dunia yg hanya sementara..Marilah sama2 kita kembali ke jalan Allah S.W.T. itulah dasar yang paling utama. Jika manusia dan umat Islam bersatu dalam hal seperti ini InsyaAllah bumi ini masih lagi dapat diselamatkan.Yang penting adalah kembali kepada ALLAH..

Sudah jauh aku mencatit di lembaran baru pada kali ini. Bukan apa hanya berkongsi pendapat untuk semua kawan2 di luar sana. Sekarang ini aku nk kongsi lagu kegemaran pada saat ini. Kalau siapa berkenan boleh mendownload..Liriknya boleh di jadikan sebagai rujukan kita. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan..Sama-samalah kita renungkan.InsyaAllah membawa keberkatan.Lagu ini dinyanyikn oleh Maher Zain.

Saturday, December 26, 2009

Pemakanan Sunnah


Untuk minggu nih tiap2 hari aku mendengar radio IKIM yang mengutarakan tentang makanan Sunnah. Pemakanan Sunnah adalah makanan berkhasiat yng diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda masih hidup. Kalau nk diikutkan pelbagai jenis produk yang halal lagi berkhasiat sertakan berasaskan Sunnah yang telah wujud di bumi Malaysia ini. Hanya kite yang masih terkapai2 mencari dimanakah terletaknya makanan sunnah tersebut.

Secara fizikalnya, tahukah kite ttg makanan Sunnah tersebut?8 makanan Sunnah yang baik untuk kesihatan adalah seperti KISMIS, KURMA MADU, KURMA AJWAH, MADU, BUAH TIIN, MINYAK ZAITUN, ZA’FARAN, HABBATUS SAUDA’. Satu lagi, kalu ingin mencari makanan sunnah adalah makanan yag dibuat oleh orang yng mempunyai kalimah "Lailahaillah Muhammadul Rasulullah"..

Kalau mereka di luar sana masih tertanya apakah makanan sunnnah, sila lah ke blog ni http://allahmatlamatku.blogspot.com/2009/03/dalil-dalil-dan-kajian-pemakanan-sunnah.html untuk mengetahui lebih details lgi khasiat makanan sunnah ini. Kalau diamalkan selalu Insyaallah hidup kita akan bertambah sihat serta mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Sunday, December 13, 2009

ketika cinta bertasbih (KCB),,,


"Ketika cinta bertasbih" adalah fav movie aku wat masa ini..tapi aku agak terkilan sbb xdapt tgk untuk episod 2..aku baru tamat tgk episod 1.tak sabo nk tgk yang episod 2..mesti lagi menarik.. biar aku cerita kn serba sedikit sinopsis untuk cerita ini..supaya kalian pon terasa untuk menonton nyer..


Abdullah Khairul Azzam pemuda tampan dan cerdas dari sebuah desa di Jawa Tengah. Dari kecil, Azzam sudah terlihat sebagai anak yang sangat baik budi pekertinya.Ayahnya meninggal dunia ketika dia berada setahun di Cairo. Sebagai anak tertua Azzam harus bertanggung jawab atas kehidupan keluarganya. Akhirnya dia mulai membahagi waktu untuk belajar dan mencari nafkah. Ia mulai membuat tempe dan bakso di Cairo. Berkat keahlian dan keuletannya dalam memasak, Azzam menjadi populer dan dekat dengan kalangan staf KBRI di Cairo. Tapi kuliah Azzam tidak tamat sehingga menjangkau 9 tahun dia di Cairo.

Akhirnya dia dipertemukan dgn dengan Puteri Duta Besar, Eliana Pramesthi Alam. Eliana adalah lulusan EHESS Perancis yang melanjutkan S-2 nya di American University in Cairo. Selain cerdas, Eliana juga terkenal di kalangan mahasiswa karena kecantikannya. Pada waktu itu jugaklah Azzam menaruh hati pada Eliana. Tetapi Azzam enggan menjalin hubungan lebih dekat dengan Eliana, karena selain sifat dan kehidupannya yang sedikit berlainan dengan Azzam.

Apa yang dikatakan Pak Ali cukup terngiang-ngiang di benaknya, bahwa ada seorang gadis yang lebih sesuai untuk Azzam. Azzam disarankan mengkhitbah (melamar) seorang mahasiswa cantik yang tak kalah cerdasnya dengan Eliana. Dia bernama Anna Althafunnisa, yang juga menguasai bahasa Inggris, Arab dan Mandarin. Menurut Pak Ali, kelebihan Anna dari Eliana adalah bahwa Anna memakai jilbab dan sholehah, bapaknya seorang Kiai Pesantren bernama Kiai Luthfi Hakim.

Ada keinginan Khaerul Azzam untuk menghkhitbah Anna walaupun ia belum pernah bertemu atau melihat Anna. Dengan niat penuh dia pun datang ke ustadz Mujab pakcik kepada Anna untuk mengkhitbah Anna Althafunnisa. Tapi ternyata lamaran itu ditolak atas dasar status. Karena S-1 Azzam yang tidak juga selesai, dan lebih dikenal karena jualan tempe dan bakso. Selain itu, Anna telah dikhitbah lebih dulu oleh seseorang iaitu Furqon, sahabat Azzam yang juga mahasiswa dari keluarga kaya yang juga cerdas. Tetapi kemudian Furqon mendapat musibah yang sangat menghancurkan harapan-harapan hidupnya. Hal tersebut membuatnya menghadapi dilemma antara ia harus tetap menikahi Anna yang telah dikhitbahnya, tetapi itu juga sekaligus akan dapat menghancurkan hidup Anna.

Sementara itu Ayyatul Husna, adik Azzam yang sering mengirim berita dari kampung, membawa kabar yang cukup meringankan hati Azzam. Agar Azzam tidak perlu lagi mengirim wang ke kampung dan harus menyelesaikan kuliahnya. Karana Husna sudah bekerja sebagai Psikolog. Keahlian Husna dalam menulis sudah membuahkan hasil. Azzam yang sudah sangat rindu dengan keluarganya memutuskan untuk serius dalam belajar, hingga akhirnya lulus. Azzam pun menepati janjinya ke keluarganya untuk kembali ke kampong dan segera mencari jodoh di sana, memenuhi amanat ibunya. Walaupun sebenarnya masih terbit sedikit harapan untuk tetap mendapatkan hati Anna.

Oklah takat tuh kau cite kn sinopsis nyer..nnt korang kenelah tgk..besh sgt tau..dah kalah cita Ayat-ayat Cinta..Satu lagi penggmbran dier mmg tol2 buat kt Mesir..lagilah tambah feel nk menghayatinya..

"Ketika Cinta Bertasbih seolah-olah menggambarkan cinta itu ada nyawa untuk hidup dan membantu sekalian manusia dalam menyelusuri kehidupan penuh dugaan ini. Cinta bertasbih bukan cinta yang biasa. Pengertian bertasbih sudah memberikan pengertian jelas apakah cinta yang sebenarnya. Cinta sejati, abadi atau sebagainya jenis cinta yang sering menjadi hangat diaplikasikan ke arah cinta yang pelakunya inginkan. Pastinya bertasbih itu untuk kepentingan pelaku cinta ke arah mengharap redha Allah S.W.T. Manusia pun melakukan sedemikian untuk menjadikan kehidupan sentiasa dalam rahmat dan kesejahteraan Maha Pencipta."

Tuesday, November 17, 2009

Salam Zulkaedah 1430H..

Bulan depan bakal kita raikan Hari Raya Iduladha..InsyaAllah tarikhnya adalah pada 27November 2009 bersamaan 9 Zulhijjah 1430H..Pada bulan ini juga adalah bulan yang amat bertuah kepada para jemaah haji yang menunaikan haji di Mekah..Mungkin rezeki ku masih tiada lagi untuk menjejakkan kaki ke sana..Kepada bakal-bakal haji Selamat Menunaikan Ibadah Haji...Semoga ibadah haji mendapat rahmat dari Allah dan mendapat haji yg mabrur..Amin..

Hari ini adalah hari selasa yang begitu mendamaikan..mungkin telah tertulis bahawa harinih adalah hari yang mendamaikan untuk insan sepertiku. Tidak dapat digambarkan jika harini adalah hari bertuah ku..Jika ia nya benar aku amat bersyukur kepadaMu ya Allah...Perkenan doa hambaMu ini Ya Allah..Hanya kepadaMu sahaja tempat aku mengharap..

Sudah 3 bulan aku tidak mengupdate atau lebih jelas aku tidak mengemaskini maklumat2 di dalam blog nih..Adakah masa tidak mengizinkan aku mengupdated blog ini??mngkn benar kate org jika kita diberi masa lebih daripada 24 jam, itu belum tentu cukup untuk kita menfaatkannya secukupnya..Bak kata pepatah masa mencemburi kita..Tapi aku rase bukan masa yang mencemburi kita, tetapi kita iaitu khalifah(insan) tidak pndai mengatur masa tersebut. Padahal Allah telah mengatur segala-galanya untuk kita.24 jam terlalu cukup untuk manusia untuk melakukan semuanya..lebih2 lagi dalam bab ibadah..Semuanya telah diperuntukan..Hanya kita yang memesongkan masa tu untuk melakukan perkara2 yg tidak perlu dilakukan..Marilah sama2 kita bermuhasabah diri menilai kembali apa yang kite lakukan dalam seharian kita bekerja, berada dirumah dan sebagainya..berikan yang terbaik untuk diri sendiri..InsyaAllah masa 24 jam tersebut sgt2 bernilai kepada kita..

Minggu lepas aku telah berjumpe kembali dengan rakan sekuliah ku di UiTM S.alam..K.Lin, A.Tepert(Rosli) dan Ezad (bersama-sama ezad ialah adik perempuan dan adik lelakinya).Kalu diikutkan planning, Bakri join jugak pada hari tu..Tetapi dier terlalu excited untuk pergi interview menjadi cikgu KPLI pada hari ni, jadi Bakri tidak hadir sama..Kalau nk ikutkan K.Lin pun dapat jugak interview tp xdalah cmtuh..Sori yer Bakri..Aku yang xdapat nih mngkin leh ckp cmnih..Mungkin bukan rezekiku..Ya Allah murahkan rezekiku (pekerjaan).Kepada Bakri dan K.lin, sara doakan yang terbaik untuk korang..Tak lupa juga kepda Peah. Semoga hari esok adalah hari yang membolehkan korang menjadi cikgu untuk masa hadapan..Jadilah cikgu yang berwibawa yang dapat memimpin pelajar2 ke arah kebaikan...InsyaAllah..

Pada harituh kami berjanji untuk bermain buwling di Alamanda.Tetapi hasrat kami tidak kesampaian apabila tempat tersebut telah ditempoh untuk satu tournament..Jadi hanya makan2 di Alamanda..Kemudian destinsi seterusnya adalah Taman Botani, Putrjaya..Sampai kt sane, rupa2 nya ada event Orkid..Banyklah orkid dijual kt sane..Cntik2 semuanya..tidak sempat lak aku nk snap sekeping 2 gambar..Sebenranya bukan tidak sempat..tetapi memandangkan semua org kt ctu menggunakan kamera yang sgt canggih untuk mengmbil gambar, jadi aku hanya pendamkn shj untuk mngmbil gambar orkid2 tersebut..sudah nasib bdn..tgklah jerlah..Sbb tuh aku tidk dapt sertkan gambar2 kami kt sane..

Destinasi seterusnya adalah S.Alam..Wah udah lame tk menjejak kaki ke s.alam..S.alam byk sgt kenangan manis,pahit,suka duka..Kt ctulah tempat aku menghabiskan pengjianku dalam Degree in Mathematical Computer..banyk memori kt sane..daripada aku seorg yg sgt pemalu, menjadikn aku seorng yg pdai mengenal dan pndai berkawan..Tidak seperti aku waktu diploma..Aku byk berubah..Benar kate org tempat dan masa boleh mngubah seseorg..Aku bukan menjadi seorg yg jahat..tetapi aku menjadi org yg lebih berani..Mungkin lah kot..Entahla aku pon tak tahu..hihihi...


oklah..Nanti kita sambung di rangkaian akan datang..Ups lupe lak nk bgtau..Kawan aku ada menjual baju pasang dan selendang beserta tudung jika ada yang berminat boleh pergi ke blognya..Kat ctu ada pelbagai kain2 yang cantik.Jika berkenan silalah order..Aku hanya menolong yang mampu shj..sila lah ke blog ini http://razlina.blogspot.com/

Wednesday, August 26, 2009

Hari Yang Ceria Tanpa Bos Disisi...



Entry kali ini aku yang tulis (Dhamin A.k.a member kepada sara)
disebabkan aku terlampau tension dan tak tahu nak luah dekat mane...aku pun dengan ayat manis ku memujuk sara tuk membenarkan aku mencurahkan idea-idea bernasku disini...hehehe....

Story kali ini berkenaan betapa nikmatnye aku rase bile semua bos- bos tak de ditempat mereka...hehe..mesti korg pun rase happy klu bos x de kan...klu yer..kite boleh jd geng la...tp klu korang BOS n terbace entry nie..maaf ya PAK!...memang ramai pekerje begitu!

Time2 mcm nie..tetibe office yg senyap dulu seperti library menjadi pasar lambak menjual macam2...perfume ade...kain ade....kuih ray ade...ckp je nak ape...smua ade...petang2 skit sat g...ade plak yg jual kuih koci...jual bubur lambuk..jual buah duku....MERIAH - MERIAH...

Tak Best la asyik cite pasal office...kite cite pasal sara nak? ape yg korg nak tau pasal die...tanye jer...doktor cinta akan jwbkan...hehehe...aku nie seoffice dgn die..baru je kenal dlm 2 bln...until now...ape yg aku nmpk...baik budak nie...tp dah nak kawin la pulok! huhu..sian kat mamat yg nak kat die dulu2! gigit kerusi la nmpknye....tp jgn sedih...Sarah bukan sekuntum....siti sarah ade! X mau try ke? hehe...

Aku sebagai kwn nak bgtau yang aku suke banget kwn same kamu! nnt kite lepak Hartamas lagi yer....lepak2..makan2..gelak2 bersama geng-geng Hartamas yg lain...HIDUP HARTAMAS!..aku doakan ko happy for your wedding n happy ever after...


Miss ya..! DHAMIN..sape nak kenal aku..add aku kat facebook!zachwolverine@yahoo.com...see ya around...slamat berpuasa sara n slamat hari raya!

Friday, August 14, 2009

Novel...



erm..2mggu lps aku da tamatkan lagi satu novel islamik..Iaitu: Novel Rona-rona Cinta Damascus.Novel ni secara am nyer dier adalah novel Islamik.. kandungannya boleh la..sbb novel tuh mementingkan islam...so ia dikire novel islamik..pertemuan dan percintaan dia berlandaskan hukum islam yang boleh kita jadikan sebagai pedoman.sbb tuh skrg nih aku lebih suke membaca novel cmnih..sbb sedikit sebnyak penulis novel tersebut memberi input yang berguna pada kita..tak mustahil kita boleh berubah disebabkan novel.yang penting ia kena ikhlas datang dari hati barulah perubahan tersebut lebih beerti buat kite.

meh aku ceritakan serba sedikit pasal novel nih..Seorng wanita yang dilahirkan dari keluarga yang agak senang.Wanita tersebut diberi nama Manal Husna. Die seorng yang yang mempunyai nilai islamik yang tinggi. tetapi bapanya kurang ilmu keagmaan. Manal Husna sanggup berhijrah ke kota Damscus untuk meneruskan perjuangannyer dalam menyebarkan dakwah serta melengkapkan diri dengan ilmu islam yang lebih mendalam. Dan pada waktu tersebut dier mengenali seorg ustaz yang baik budi perkerti dan agamanya.Tetapi untuk dijadikan alasan seorng kwannya berhasad dengki kepada Manal Husna kerana Manal Husna mempunyai paras rupa yang agak menawan. Kawan nyer mengatakan bahawa ustaz tersebut telah mempunyai calon isteri..Harapan Manal Husna untk mengenali ustaz tersebut terpaksa dipendamkan. Tetapi pada masa yg sama Manal Husna telah menerima lamaran daripada ustaz yang lain.Manal Husna sehabis upaya mengenal lelaki yg bakal mnjadi suaminya.Ttp harapannya hancur kerana ustaz tersebut bukan seorng ustaz yang baik dari agamanya.Malah Manal Husna terpaksa menolak kmbali lamaran terbut..Penghujung cerita adalah..Manal Husna berkahwin dengan Ustaz impiannya walaupun banyak halangan yang dtg.....SEKIAN..

Conclusion: Allah sudah tetapkan jodoh kita semua.Cuma masa jer yang akan menetukan bila kita akan berjumpe dengan jodoh kita tersebut...Kalau hendak memilih jodoh ikut kata hati dan sentiasa ingt yang Allah sentiasa bersma kite. Lakukan solat sunat istikarah jika masih dalam keraguan.. InsyaAllah Allah memberi petunjuk kepada kita.



Sebenrnya banyak lagi part2 yang menarik dalam novel tersebut..kalau aku ceritakn kt cni..menjela-jela plak..Aku syorkan korang beli jer novel nih..Sbb novel ini banyak nasihat yg terkandung di dalamnya..Tapi kalu yang dekat2 dgn aku, boleh pinjam jer..aku mmg suke kongsi novel dengan kawan2..

Sekarang nih aku tgh baca novel "Syahadat Cinta"..Nanti dah abes bace aku leh kongsi dengan korang plak..
"seindahiasan". Powered by Blogger.