RSS

Wednesday, October 29, 2008

Malam yg sepi...

Harini 28 syawal 1429 dan esok adalah hari terakhir kita mnyambut hari raya...Entah sampai kah kite berjumpe dgn syawal seterusnya...Erm...hari ni aku dok saje jer kt umah..Wat kije sbgai seorg suri rumah membasuh,mngemas, melipat baju, memsak semua la..tp satu jer aku tk wat..Jaga anak..Sbb harinih ade jamuan hari raya kt sekolah Aqil..so dier kene p..Mngkn sok aku tk kasi mama n ayah dier antar p sekolah..Biar dier dok ngn aku..Takde la aku keboringn dirumah..

Dari hari semlam aku cm bersalah ngn seseorg..K.lin sara minta maaf yer..Sara xdpt nk teman k.lin berjalan2..Skrg ni k.lin sakit kaki plak..Sara tk p melawat pon..Jahat ker Sara nih..K.lin ltk ubat tau kt kaki yg sakit tuh..Bagi kurang bengkak terseliuh tuh...Klu diurut tkt lain plk jadinya..K.lin sara mintk maap bbyk yer..Entah la cm rase bersalah sgt..K.lin da byk tolong sara..Sara jer tk tolong K.lin..Ampun maaf yer...

Friday, October 24, 2008

Khas Untuk Kawanku.....

Kawan di akhir zaman....Kawan di akhir zaman ini,
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui.Yang benar-benar sibuk Dengan urusan baiki diri nya.
Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan mengumpul dunia.Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemuiYang bergelumang dengan majlis ilmu manfaat, Yang sanggup bersusah dan penat dalam mengejar dan memahami ilmu manfaat.
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang menjela.Tapi ilmu fardhu Ainnya kosong belaka.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui.Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam di jiwa.Mengunakan professionnya sebagai matlamat ke akhirat sana.Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka.Yang hidupnya lebih berat dari beratIbadah dan amal terasa amat berat.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan. Yang berhubung hanya niat bertanya khabar.Yang ada hanyaYang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada. Bersahabat untuk mendapat laba.

Kawan di akhir zaman ini
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri.Yang menghidupkan ilmu yang ada.Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka.
Yang ada hanyalah yang suka berbincang dosa-dosa orang lain.Yang menghidupkan sunnah barat.Yang melupakan kehidupan akhirat.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temuiYang menjadikan masjid tempat pertemuan.Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan. Yang ada hanya yang menjadikan komplek tempat membuang umur.Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur.Kawan di akhir zaman iniSusah untuk kita temui.Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan.Menjadikan nasyid nyanyian harian.Menjadikan selawat ucapan kelaziman.Yang ada hanya artis di jadikan bahan pujaan. Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan.Dianggap moden dan berketrampilan.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temuiYang senantisa merasai mati itu sangat hampir. Yang senantiasa merasai jelingan Izrail.Menangis cemas mengenangkan saat kematian. Merintih sayu mengenangkan persediaan.Yang ada hanyaYang panjang angan-angan.Mengumpul dunia kerja seharian.Seolah kematian itu sangat jauh.Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh....

Sabda rasul;"Bersahabatlah dengan orang yang baik akhlaknya kerana kamu akan dikenali melaluinya.."

Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok


Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok. Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

i. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.


ii. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.


iii Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

iv. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.


v. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

Wednesday, October 15, 2008

Taktik KPT kendali pilihan raya kampus (PRK) ~ REF MalaysiaKini

Apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TTNC dan Dekan HEP) supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Kampus (PRK) serentak, sebaliknya ditetapkan pada dua dua tarikh berbeza, tentulah sukar untuk mereka menolaknya.

Tarikh pertama PRK tahun ini ialah pada 16 Oktober 2008, manakala penamaan calon 12 Oktober, melibatkan sembilan IPTA, antara lain yang sudah dipastikan UMT, UMP, UMK, UDM, UTeM. Manakala IPTA lain, khususnya di Lembah Klang, akan diadakan pada bulan Januari 2009.

Sudah tentu media, masyarakat dan mahasiswa sendiri akan tertanya-tanya mengapakah arahan ini dikeluarkan oleh KPT. Ironinya, pertanyaan-pertanyaan seumpama inilah yang sangat dibimbangi KPT!

Alasan utama KPT mengarahkan PRK diadakan secara berasingan ialah untuk mengelak daripada PRK menjadi perhatian media, rakyat, parti pembangkang dan mengelakkan kebangkitan mahasiswa.

Beberapa strategi lain untuk melumpuhkan kebangkitan mahasiswa disenarai panjang dengan begitu terancang sekali. Sukar hendak dipercayakan, kerana seperti kata Dr Siddiq Fadhil, "umpama seorang ayah merancang untuk mencacat anaknya sendiri!"

Antaranya adalah:

1. KPT mengarahkan istilah Pilihan Raya Kampus ditukar kepada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Istilah pilihan raya bagi KPT adalah setanding dengan Pilihan Raya Umum dan bakal membangkitkan semangat juang mahasiswa.

Oleh itu kalimat ini wajar dihapuskan supaya mahasiswa tidak dapat merasa seperti suasana pilihan raya di luar kampus. Cukuplah dengan kalimat pemilihan, seperti memilih ketua kelas semasa sekolah rendah dan tadika sahaja.

2. KPT mengarahkan poster-poster calon hanya dikeluarkan HEP. Calon dilarang mencetak poster sendiri. Kreativiti calon tidak perlu dan dilarang. Cukuplah menunggu poster bersaiz A4 dari HEP. Adakah ini cara HEP membentuk kepimpinan dan kreativiti mahasiswa? Semua disediakan, mahasiswa dilayan seperti robot layaknya!

3. KPT mengarahkan perkataan 'mahasiswa' ditukar kepada 'pelajar' sahaja. Istilah mahasiswa bagi KPT boleh membangkit rasa 'self esteem' yang tinggi di kalangan mahasiswa.

Oleh itu KPT mengarahkan semua universiti menggunakan nama 'Majlis Perwakilan Pelajar' bukan lagi 'Majlis Perwakilan Mahasiswa'. Mahasiswa dilarang menunjukkan 'taring' sebaliknya hendaklah siap sedia akur dan jangan bersikap kritikal terhadap pentadbiran universiti, apatah lagi kerajaan BN.

4. KPT telah dan akan mengeluarkan perbelanjaan yang besar kepada HEP untuk menganjurkan kursus calon dan jentera Aspirasi Kerajaan sebagai persiapan PRK.

Sebaliknya calon bukan Aspirasi Kerajaan dianaktirikan dan tiada langsung bajet untuk kursus calon apatah lagi untuk jentera mereka. Jelas sekali mahasiswa telah diperbodohkan. Apakah permainan padang yang tidak sama rata ini adil dan 'gentleman'?

Sebenarnya setiap tahun, bajet ini dikeluarkan kepada TTNC dan Dekan HEP dalam bentuk wang tunai berjumlah ribuan ringgit. Oleh itu jangan hairan kalau calon Aspirasi Kerajaan berupaya memenangi banyak kerusi PRK kerana di belakang mereka adalah KPT, yang sepatutnya bertindak sebagai badan bebas menyelenggarakan PRK.

Seolah-olah bagaikan Yahudi yang menaja calon-calon presiden di Amareka Syarikat. Siapakah yang boleh memberi jaminan wang tunai yang berjumlah ribuan ini, tidak disalahgunakan oleh TTNC dan Dekan HEP? Saya cabar Canselor dan Naib Canselor menyiasat kenyataan ini.

5. KPT mengarahkan HEP supaya calon bukan Aspirasi Kerajaan tidak dibenarkan bertanding secara berkumpulan kerana ini akan membentuk kekuatan kepada mereka. Calon bukan Aspirasi hanya dibenarkan bertanding atas kapasiti individu. Begitulah "double standard" HEP kepadamahasiswa bukan Aspirasi Kerajaan.

Dalam masa sama, HEP secara terbuka membentuk dan menaja calon-calon Aspirasi secara kumpulan dengan mengadakan kursus calon dan jentera. Semua maklum, HEP adalah umpama Suruhanjaya Riliha raya (SPR) di kampus. Bayangkan HEP yang membuat peraturan pilihan raya tetapi merekalah juga yang menodai dan mencabuli peraturan tersebut!

Strategi terbaru KPT untuk meraih kemenangan calon-calon Aspirasi Kerajaan ini akanmengundang beberapa persoalan yang menambah kekalutan dan keresahan di kalangan media danmahasiswa di kampus.

Beberapa persoalan di bawah wajar dijawab KPT dan HEP demi menjamin maruah dan harga diri mahasiswa yang diinjak-injak ini dapat diperkasa dan dibela.

1. Mengapakah PRK tidak diadakan serentak pada tahun ini, sebaliknya dilanjutkan ke bulan Januari 2009? Umumnya, Akta Universiti dan Kolej Universiti jelas menyatakan, "Hendaklah jawatan Majlis Perwakilan Pelajar dipegang selama satu tahun sahaja."

Dalam kaedah tafsiran undang-undang perkataan "HENDAKLAH" membawa maksud mandatori. Tidak dapat tidak, tempoh perjawatan MPP dengan ini WAJIB berakhir apabila tempoh penggal merekacukup satu tahun.

Perkataan "HENDAKLAH" tidak boleh ditafsirkan secara bebas mengikut selera KPT. Tafsiran sebegini hanya boleh dimungkinkan sekiranya ada proviso yang membenarkan kelonggaran peruntukan tersebut dan pemanjangan tempoh MPP dengan memberi kuasa kepada Naib Canselor atau pihak lain untuk membuat demikian.

Namun di atas faktor kelompok sempit, KPT tetap ingin melanjutkan jawatan MPP melebihi setahun iaitu Januari 2009.

2. Mengapakah KPT takut dan bimbang sangat dengan liputan media dan perhatian masyarakat terhadap PRK dan kebangkitan mahasiswa? Sepatutnya KPT berbangga kerana mahasiswa menjadi perhatian dan tumpuan media dan rakyat.

Bukankah mahasiswa juga mempunyai hak untuk masyarakat mendengar suara mereka? Bukankah KPTjuga mahu mahasiswa mampu menjadi juru bicara ummah? Atau sebenarnya KPT hanya ingin melahirkan 'mahasiswa itik gembol-gembol' tukang angguk-angguk dan tukang geleng-geleng?

3. Apakah visi dan misi KPT sebenarnya dalam melahirkan mahasiswa yang berketrampilan dan mencapai tahap global? Apakah KPT merasakan polisi terbaru terutama melibatkan PRK ini bakal melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah seperti yang digembar-gemburkan selama ini?

Mahasiswa hari ini merasakan KPT tidak lebih hanya mempunyai visi dan misi untuk "menternak" dan memperbodohkan mahasiswa dengan idea-idea 'canggih' yang layak dilakukan Yahudi ke atas pemuda-pemuda.

4. Mengapakah KPT begitu merestui dan menggalakkan mahasiswa UiTM mengadakan demonstrasi bila Menteri Besar Selangor mencadangkan supaya sedikit kuota diberi kepada mahasiswa bukan bumiputera?

Ironinya, dalam masa sama KPT melarang mahasiswa lain mengadakan demonstrasidalam isu-isu yang lebih relevan.

Hakikatnya, KPT begitu arif berapakah jumlah sebenar mahasiswa bukan Bumiputera di USM dan di UPM. Ia bukan rahsia lagi. Tetapi KPT 'buat-buat pekak'. Peningkatan mahasiswa bukan Bumiputera di IPTA berkenaan tidak pula dikawal. Janganlah 'double stardard.' Kokoknya berdegar-degar tetapi ekor bergelumang najis!

5. Mengapa KPT begitu menekan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedangkan mereka juga mempunyai hak dan pendirian untuk tidak menyokong calon Aspirasi Kerajaan?

Tentu kita masih ingat bagaimana pejabat MPP UIAM dikunci berbulan lamanya semata-mata kerana mereka tidak condong kepada Aspirasi Kerajaan. Berlaku adillah kepada semua mahasiswa. Janganlah peralatkan mahasiswa untuk kepentingan politik sempit KPT sahaja.

Senario buruk yang didedahkan ini wajar dihapuskan. Bayangkan apa akan terjadi kepada bakalpimpinan negara sekiranya KPT masih meneruskan polisi dan "strategi" yang bakal merosakkanpemikiran dan sikap anak bangsa mereka sendiri.

Cabaran masa depan negara dan era globalisasi yang semakin getir memerlukan anjakan pradigma oleh KPT sendiri. Janganlah membawa nilai 'politik kampungan' di menara gading.

Jika beginilah cara pentadbiran KPT, jangan terkejut mahasiswa sendiri akan bangkit bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Kerajaan BN. Mungkin ini sahaja jalan keluar bagi mahasiswa untuk keluar dari kezaliman KPT.

Mahasiswa sudah sekian lama disakiti. Apakah yang paling sakit bagi seorang yang bergelar 'mahasiswa tulen' di menara gading? Tidak lain dan tidak bukan ialah DIPERBODOHKAN!

dipetik: HarakahDaily

Harga minyak turun lagi ~ REF MalaysiaKini


MalaysiaKini~Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini.Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter;Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.Dalam kenyataannya, perdana menteri berkata, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September lalu."Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.


Tuesday, October 14, 2008

Jemputan Rumah Terbuka Pkatan Rakyat Shah Alam




Anwar akan sambung Bahas Bajet 2009 hari ini - Malaysiakini




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyambung perbahasan belanjawan 2009 hari ini mulai jam 11.30 pagi.
Semalam beliau telah mengambil hampir empat jam setengah membahaskan Bajet 2009 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Ogos lalu.
Kemungkinan besar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil masa satu jam lagi membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 (Bajet 2009) mulai jam 11.30 pagi selepas sesi soal jawab.
Jika tidak ada apa-apa halangan siaran langsung Dewan Rakyat akan disiarkan mulai jam 10.00 pagi. Siaran langsung ini dibawa khas oleh MP PAS, LIVE DI SINI dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat.
Klik di sini untuk lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) untuk hari ini

Selamat Hari Lahir...

Semalam 13/10 hari lahir k.lin yg ke 24...Selamat hari jadi K.lin...Semoge diberkati umo n dipermudahkn rezeki..Lupe nk amik gambo besday girl semalam..Ceria jer walaupun nk demam..Erm...sara syg k.lin....Semoga ukhwah kite terus berkekaln hingga akhirnya..Semalam jugk hari bertuah k.Lin..Tahniah k.lin..Sbb da dpt kerja..Doakan Sara plk yer..

Harini (14/10) besday ank sedare aku yg ke1..Selamat hari jadi Aqil..Semoge aqil menjadi ank yg soleh dan mentaati perintah Allah..Mak Tam Syg kt Aqil..

Sekejap lgi nk kene jumpe Pn Tini, nk kene abeskan discussion pasal prjct nih..Klu tak sampai bler tkkan abes..Aku pon lagi 8 hari jer kt cni..kerja tak ciap lagi..Report in progress..Takut jugakla.Bler plk aku nk kene jumpe SV..Manyk plk bnda nk pikir...Satu lagi yg aku pikir..Kerja ooo kerja...Kwn2 doakan aku dipermudahkn rezeki yer..Thnks..

Semalam jugak ade org baru masuk kt bhg nih..Namanye Raja Hilmi kot..Aku pon xknl lagi..Dier tuh ganti Faizal..Sbb Faizal p pindah ke perak..Aku tknk la amik tau sgt..Sbb aku da xlame kt cni..Biarkn la masa terus berlalu..Tp aku cm sedih jer nk tinggl kn bhg nih..Yerlah..da ramai kite knl kt cni..Takper la...mngkn klu ada rezeki aku akn kembali ke sni..

oklah...aku pon tak tau nk tulis aper..daa..

Hot!!! : Seniman Kecam Shah Rukh Khan Dikurnia Datuk


Presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof (duduk kanan), Ahmad Idham, dua dari kanan)ketika sidang media bantahan Seniman terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu. -foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN



[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

"Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati.

"Sabtu lalu, dia juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa macam satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Menurut Mustapha, mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

"Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan," katanya.

Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek atas sumbangan mereka kepada industri filem dan seni tanahair.

"Ikutkan, anak seni dan karyawan belakang kamera juga mempromosi bukan sahaja Melaka malah negara kita tetapi kenapa mereka tidak diberi perhatian.

"Kita harap mereka yang berjaya juga mendapat anugerah itu," ulasnya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh kira-kira 20 orang artis itu.

Antaranya adalah Harun Salim Bachik, Ahmad Idham, Datuk Aziz Sattar, Jalil Hamid, Arash Mohamad, Rahim Jailani, Mas Omar, Zulkifli Zain, Normala Omar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Rusdi Ramli.

Menurutnya, Seniman akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) pada pukul 4 petang esok.

Dalam pada itu, pengarah filem pecah panggung Jangan Pandang Belakang Ahmad Idham Ahmad Nadzri menambah, berita tersebut memberikan tamparan hebat kepadanya.

"Apabila saya melihat akhbar pagi Sabtu yang lalu, saya rasa macam kena tampar, apa ini?

"Saya macam badut atau kita macam main-main dalam industri hiburan ini? Kita selalu meuar-uarkan tema 'Filem Kita Wajah Kita'. Kalau nak kata bawa filem ke luar negara, filem saya pun bersepah dibawa ke luar negara.

"Apa yang saya tahu, belum pernah lagi artis yang berhak menentukan lokasi pengambaran filem atau drama," tegasnya.

Sementara itu, pelakon Arash Mohamad pula berpendapat alasan kerajaan negeri Melaka mengurniakan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana mempromosikan A' Famosa Resort, Alor Gajah melalui filem One Two Ka Four adalah tidak munasabah.

"Memanglah orang yang menonton filem tersebut mengenali Melaka, tetapi persoalannya adakah mereka datang ke negeri tersebut?

"Alasan itu membuatkan kami kecil hati. Kami bukan cemburu sebab tak dapat anugerah itu tetapi apa revelannya memberi kepada dia?," luah Arash yang dikenali menerusi drama tempatan seperti siri Masih Ada Cinta dan Badai Metropolis.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.

Sabtu lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

- mStar

Lagi Pembaziran Yang Di Bawa Oleh Kerajaan Ali Rustam - Malaysiakini

Sebelum ini Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka juga sudah membangkitkan isu ini dan cerita ini juga ada dimuatkan didalam blog jasindaily. Kini Blogger Angkasanuri pula mengeluarkan pandangan yang sama....jadi lu fikirla sendiri....

Eye On Malaysia yang sebelum ini di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Eye On Malaysia yang sebelum ini beroperasi di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur kini sedang rancak dipasang di Bandar Hilir Melaka dan dijangka mula beroperasi pada 18 Oktober ini.

Apa yang menjadi persoalan, siapakah yang terpaksa menanggung semua kos yang berkaitan dengan pemindahan Eye On Malaysia dari Kuala Lumpur ke Melaka ? Bagaimana pula dengan nasib Menara Taming Sari yang bernilai RM 26 juta yang juga terdapat di Bandar Hilir Melaka iaitu hanya beberapa ratus meter dari tapak Eye On Malaysia yang sedang dipasang. Secara logiknya, pelancong dari dalam dan luar akan memilih salah satu daripadanya kerana kos menaikinya yang mahal.Kadar Menara Taming Sari ialah RM 20 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak manakala untuk Eye On Malaysia ialah RM 18 untuk dewasa dan RM 9 untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Lagipun kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk melihat pemandangan menarik sekitar Bandar Hilir dan Bandaraya Melaka.

Jumlah pengunjung yang menaiki Menara Taming Sari yang ada sekarang ini pun dah mula merosot.Jika tak percaya anda boleh memerhatikan sendiri apabila berkunjung ke Bandar Hilir. Malah pada hari-hari biasa kecuali hujung minggu Menara Taming Sari ini seakan-akan tidak berfungsi kerana terlalu kurang mendapat sambutan. Awal-awal dulu memang le ramai.

Satu perkara lagi, apa perlunya Eye On Malaysia di Melaka bukankah Melaka sudah mempunyai Eye On Melaka di tepi sungai Melaka?

Eye On Melaka

Selain Eye On Malaysia, sebuah Skrin Air Terbesar di dunia dan 'aerospace dome' yang bernilai RM 43 juta yang sedang dalam pembinaan di tempat yang berhampiran.

Ini semua menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang seolah-olah tidak mengambil pengajaran daripada kegagalan projek-projek mega di Melaka sebelum ini yang akhirnya menjadi projek gajah putih. Di antaranya ialah projek Pulau Melaka yang bernilai bilion ringgit yang kini menjadi sarang maksiat dan tempat melepas gian penagih dadah. Ali Rustam juga tidak mengambil ikhtibar daripada kegagalan projek 'Suara dan Bunyi' yang bernilai jutaan ringgit yang sekarang tanpa suara dan bunyi kini semakin sunyi sepi.

sumber : Angkasanuri

Friday, October 10, 2008

Selamat Hari Raya Idulfitri

Assalamualaikum wbt..

Segala puji dan syukur kita panjatkan kehadratNya yang masih lagi memberikan peluang untuk melalui sebulan Ramadhan dengan sebaiknya,melalui segala mehnah dan ujiannya.Dan kini kembalinya Ramadhan meninggalkan kita membawa bersama amalan dan harapan moga-moga pengabdian kita kepada Allah sepanjang kebersamaan dia bersama kita akan diterima olehNya. Itu yang kita harapkan dan itu yang sentiasa kita panjatkan dalam doa-doa kita. So bagaimana dengan raya sahabat-sahabat? meriah ke? seronok ke? gembira ke? atau masih ada lagi yang mengambil sikap golongan salafus saleh terdahulu yang amat menangisi pemergian Ramadhan. Apapun kesedihan kita dengan berlalunya Ramadhan tidak semestinya tidak boleh memberikan kita kegembiraan dengan menyambut kedatangan Syawal yang merupakan hadiah dari Allah untuk hambaNya yang penat melalui ujian. Cuma berpada-padalah dalam kita meraikannya.

1st sekali nk wish Happy Raya Day...Selamat Hari Raya Idulfitri 1429H..Rasanya masih belum terlambat..Harini baru raya yang ke10..masih diperingkat awalan org kata...Kat cni aku nak mintak maaf bbyk la kalu ade terkasar bahasa tersilap bicara, terguris perasaan, termakan dan terminum secara sengaja atau tak sengaja harap dimaafkan sesama insan..Manusia ni tak pernah silap..Dgn Allah kita berdosa apatah lagi sesama manusia..lagilah byk silapnya..Di bulan baik hari baik, marilah sama2 kita memanjatkan syukur dan keredhaan kepada Allah S.W.T yg telah memberikan kite umur yg panjang untuk dipertemukan dengan hari yang mulia ni..

Ermm...rasenyer da lama aku tk mengupdatekan blog aku nih..Kekdng tu malas sgt nk bukak..Xde idea..Klu da idea mencurah2 plk..hihihi..Kat cni aku nk cite pasala raya la kot..Raya tahun nih agak meriah sedikit sbb 2org akak aku yg da kawen beraya kt kg..Sorang jer beraya di N9..dah turn kt sane kn nk wat cmner..begitulah kehidupn org berkahwen nih..Kene ade turn nyer..baru la adil n saksama..cewah..tp aku paling terkilan la sbb abg aku tak lik raya..sodih mak ayah..kata nk lik tetibe tak dpt cuti lak..Raya haji la plk balik..lagi 2 bulan la..

Sebelum raya tuh aku p gak la umah wan aku..ingt nk swuh beraya sama..Tp wan aku xnk plk..katanyer anak sedare dier nk dtg umah..Pas raya la jemput wan rasanya..Umah aku nih klu raya, lemang tak lepas..musti kene ade..Klu tk macam tak raya plk..Akak aku wat ketupat..Beshnye makn ketupat..Waktu bakar lemang tuh rmai gak la penolongnyer..Ank sedare aku la..sume menunjukkn sikap yg rajin2 belaka..hihi..nk wuit raya la tuh.. =p

Pagi raya tuh cm biasa sumenyer cibuk..ade yg mangun lambat la..ishk3...Sblm p masjid bersalaman ngn mak ayah tercinta dan sume adik beradik..Terharunyer la...
pastuh terus ciap2 p masjid..Aku tak p surau kt kg..Tp aku p masjid kat rumah lama aku..Sebab ayahku ade taggungjwb kt sane sbg seorg bilal..So faham2 la..Kitaorg p ngn 2 kete..Syahdunya la takbir hari raya tahun ini..Terasa keinsfasan menyelinap dalam jiwa nih..Banyak dosaku pada Mu Ya Allah..

"Ya Allah Ya Tuhanku Engkau ampunkan segala dosaku Ya Allah, dosa ibubapaku yang melahirkan diriku, keluargaku, saudara maraku, guruku, rakan2 ku serta muslimin dan muslimat samada yang hidup atau pn yg telah meninggal dunia...Engkau berikankah kami cahaya petunjukMu agar kami sentiasa berada dlm hidayahMU..AMIN.."

Semoga syawal tahun ini memberi keinsfan kepada diriku serta insan yang lain...
Pas solat raya, trus berziarah di rumah sedara mara kt ctu..lamanya la tak berjumpa..Betul la hari raya nih dapat mnegeratkan hubungan sesama insan..Yang jauh didekatkan. Yg dekat dirapatkan..Pengikat silaturahim adalah yg terbaik dikala manusia saling bertelingkahan..

Raya pertama tuh 7 buah rumah kami beraya...Letih jugakla..Tp seronok sgt..sbb dapat mkn..hihi.Setiap rumah yg aku pergi aku akan mkn mknn berat..Kenyangnyer la..rezeki dari Allah kepada hambanya melimpah ruah pada 1 syawal..Tp xleh lak kite lupe kpd ank yatim, org2 miskin yg memerlukan bantuan dari kita..Sebab tu Allah jadikan org kaya dan org miskin..Sbg org kaya, mereka patut bersyukur kerana diberikan kekayaan dan dgn harta tersebut dapat memberikan pulangan yag berharga untuk dibawa ke akhirat nanti..Pahala berganda kalu kekayaan tersebut disumbgkn kepada mereka yg memerlukan..Dan sbg org miskin pula jgn pula meminta..Usaha adalah tangga yg terbaik untuk mencapai kejayaan..Dan kalu mereka mendapat bantuan, bersyukurlah dgn kurniaanNya..Rahmat Allah sentiasa bersama kita jika kita sntiasa mengikut perintahNya dan menjauhi laranganNya..InsyaAllah...

Wah3..raya pertma tuh kiteorg tk sempat nk bergambo 1 family..Masing2 cibuk jer..Xperla..mngkn laen kali..Raya kedua dok rumah jer..Tggula org dtg berya..Tp tk ramai.Nk pegi beraya tp tak tau nk beraya ktner..Sodihnyer la..Raya ke3 adalah raya yg menyedihkan..Pagi tu ayah dpt call dari jngka..Dadaku da berdebar2 waktuh tuh..
Ayah ckp Pak Ndak aku meninggl dunia.."Innalillaahi wainna ilaihiraajiun"..Pak Ndak aku meninggal pada 3 syawal 1429 pada hari Jumaat..Pagi tu jugak kami berziarah ker rumahnya..Sampai2 org da ramai berziarah..Smpt jugaklah aku menyedekahkan bacaan Yassin kepada arwah pakcik ku.."Semoga pakcik ditempatkan dikalangan org yang beriman..AMIN.."..Aku nih xderla baik sgt dgn arwah pakcik. Tp yg aku tahu arwah sgt rajin menolong org..

Kat cni aku nk share ckit pasal bab2 kematian nih..Kita klu mendgr apa musibah hndaklah mngucapkn perkataan "Innalillaahi wainna ilaihiraajiun"..Bkn untuk kematian sahaja malah yg apa2 musibah..Dalam hadis meriwayatkan.."Sesungguhnya suatu malam, lampu di rumah Nabi SAW padam. Beliau mengucapkan: "Inna lillahi wa inna ilahiraajiun." Kemudian ada orang yang bertanya: "Apakah yang demikian ini satu musibah ya Rasulullah?" Beliau bersabda: "Setiap apa saja yang menyusahkan adalah musibah."..Sikap Rasulullah SAW tersebut merupakan satu adab yang amat tinggi. Ucapan tersebut adalah sebaik-baik ucapan ketika kita menerima musibah dari yang terkecil hingga yang terberat..Dengan ucapan tersebut kite dapat mengingati kematian..Ujar Nabi: "Perbanyaklah mengingat kematian. Seorang hamba yang banyak mengingat mati maka Allah akan menghidupkan hatinya dan diringankan baginya akan sakitnya kematian." Karena itu Rasul SAW menganjurkan agar kita sering ziarah kubur..Klu nk diceritakan bab nih banyk kesilapn yg umat islam skrg lakukan..Mngkn Diruang laen kita akan berdiscus pasal tajuk ni..

Ermm..hari raya seterusnyer seperti biasa..Aku pon mmg dok rumah ajer..dah raya ker 6..cuti da abes la..Kene balik bndar..Tak seronoknyerla..Nk tingglkan kg halaman..Rasa nyer baru jer balik kg...Tp takperla da tnggungjwab kite kt sane..Nk abiskan prktikl..Cite pasal prktikl..Keje tk ciap lagi..Cmner nih..hihi..
Kami blik ngn 2 kete..Mak ayah nantikan kepulangan kami seterusnya...
Kitaorg mmg saje amik cuti lebih sehari sbb nk elakkn jem..Kt PLUS tuh ok jer..Sampai kt lebuhraya mahameru, ceh jem giler..Dgr radio, rupenyer ada lori terbalik..Wah 2 jam atas jalan raya dgn tk wat per2..bazir masanyer la..Sampai ptrjaya dlm kol 11.Antar adik ditambah sesat n makn..tu yg lambat..tp alhmdulillah..Selamat sampai..

Esoknyer kije la..wah kt cni org ngh mkn kuih raya..Tgk jerla..Aku pose harinih ..InsyaAllah..Kuih dieorg mkn nih baki dari jamuan hari raya rabu harituh..Meriah gak..Ada cabutan bertuah..Wah2 akulah bertuah harituh..Dapat bantal Mickey mouse..hihi..Sume jeles..Dieorg ciap kasi hadiah kt aku..Yerlah ku kn da nk abes kt cni..Ciap kasi ucapan lagi..Tetibe jer panggil..Xsedia per pon..Ucap jer la ape yg patut..Sedih plk nk tingglkn tmpt nih..Ceh poyos jer..

Rasanyer da pnjg nih..Saje ngabiskan masa..Wlaupun kije tk ciap lagi..Hahaha..
klah..bertemu kembali kite yer..DAAA..













"seindahiasan". Powered by Blogger.